18 November 2009

Puisi Corner

Taubat


Mudamu
Mengikut nafsu
Engkaulah Raja
Kau penentu segala
Terpesong tidak mengapa
Engkaulah yang benar


Bila musibah merayap melanda
Kau lawan penuh alpa
Kau gagahi menampan sengsara
Akhirnya tersungkur
Kubumu goyah


Yang lupa
Teruskan semua
Nafsu nafsi belenggu hati
Menongkat langit meniti usia
Meninggalkan dunia penuh noda


Yang Disayang
Apa penyudah?
Mengalah
Menyusun jari
Menadah
Memohon keampunan
Taubat pada Allah

Nukilan,


Faizal Yusup

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.