18 November 2009

Konsep Tiga Penjuru

Sebenarnya tiada satupun peristiwa yang boleh dijadikan cetusan negatif. Cetusan negatif dicipta oleh kita sendiri semata-mata untuk memuaskan hati. Konsep tiga penjuru adalah antara diri kita di penjuru yang pertama, perantara dugaan dai penjuru yang kedua dan Allah Taala di penjuru yang ketiga.


Kes 1 ;

Ali membeli beberapa biji buah mangga yang masak ranum kekuning-kuningan daripada seorang peniaga. Dia mengambil masa memastikan buah yang dipilihnya itu buah yang cantik-cantik. Sampai di rumah dia dan keluarganya mula memakan buah tersebut. Malangnya semua buah tersebut masam rasanya. Maka tercetuslah kata-kata begini :

        “ Haprak punya penjual, jual aku buah mangga yang masam. Rugi duit aku. Nanti kau !! “

Sebenarnya tanpa kita sedari kita memarahi pencipta buah tersebut iaitu Tuhan. Ini kerana penjual itu pastinya ingin menjual mangga yang manis, dia juga tidak tahu apa rasa buah mangga tersebut. Penanam buah tersebut juga telah berusaha mencari benih daripada mangga yang terbaik namun masam manisnya buah tersebut takkan diketahuinya. Kalau kita tahu yang kita akan menyalahkan Tuhan kerana buah mangga yang masam itu pasti kita akan berhati-hati akan apa yang kita cetuskan.

Kes 2 ;

Abu bermain bolasepak dan dalam perlawanan hari itu beliau menjaringkan 10 biji gol. Dia pun mengeluarkan cetusan berlagak dan berbangga dengan pencapaiannya itu.

        “ Ini Abulah, kalau jaringkan sebiji dua gol tak mainlah... Aku ingat lepas ni Manchester United mesti nak beli aku punya.. “
Konsep Segi Tiga mengatakan yang Abu hanyalah perantara Tuhan yang menjadikan keadaan demikian mungkin untuk dijadikan pengajaran bagi pasukan yang kalah hari itu.

Minggu seterusnya dalam perlawanan yang lain, Abu membuat 50 percubaan ke arah gol tetapi tak satupun bola menerjah jaring. Sekali lagi Abu mengeluarkan cetusan negatif :

        “Apa punya siallah hari ni... semua yang aku buat serba tak menjadi.. Penjaga gol tu sudahlah pendek tak bagus pulak tu tapi aku tak dapat nak jaringkan gol walau sebiji.”  Sekali lagi konsep tiga penjuru ini mengambil tempat. Kali ini sebagai pengajaran kepada Abu.

Begitu jugalah sekiranya kita mengatakan sesorang itu hitam, hodoh, botak, pendek, tempang, cacat dan sebagainya. Bukankah kita menghina ciptaan Tuhan yang bertujuan membeza-bezakan kita antara manusia.

KESIMPULANNYA : Pilihlah cetusan yang terbaik yang hendak kita cetuskan dari dalam otak kita. Daripada kita membiarkan otak kita kosong pada satu-satu masa lebih baik kita isi dengan pemikiran atau pun dengan zikir.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.