1. Seekor labah-labah lalu di sebelah najis, tapak kakinya tinggal tujuh, kenapa ?
Sebab dia tutup hidung
2. Berikan tiga langkah untuk memasukkan Gajah ke dalam peti sejuk ?
Buka pintu peti sejuk, masukkan gajah, tutup pintu.
3. Berikan empat langkah bagaimana untuk memasukkan Zirafah ke dalam peti sejuk?
Buka pintu peti sejuk, keluarkan gajah, masukkan zirafah, tutup pintu.
4. Tarzan memanggil semua binatang untuk berkumpul, binatang apa yang tak dapat datang?
Zirafah sebab tak ada sesiapa buka pintu peti sejuk.
5. Pada hari itu seorang pemburu hendak menyeberang sungai, dia tahu sungai itu banyak buaya, bagaimanakah dia mahu menyeberang?
Dia menyeberang seperti biasa sebab semua buaya pergi perhimpunan.
6. Macamana nak masukkan 10 ekor lembu dalam kereta kancil?
Potong ekornya dan masukkan.
7. Kalau pergi zoo tengok buaya merangkak ke berdiri?
Kita berdiri, buaya merangkak.
8. Kalau semua binatang menjadi buaya, buaya jadi apa?
Buaya jadi Banyak!
9. Bila pemburu buka seluar untuk mandi sungai kenapa semua buaya lari?
Sebab dia pakai spender crocodile.
10. Kenapa dinasour pupus di dunia ?
Ultraman dah bunuh semuanya.
11. Gajah lalu jambatan patah, kambing lalu apa yang patah ?
Patah balik
12. Buaya jenis apa yang tak makan lembu ?
Buaya Hindu
13. Muka macam kucing, ada poket kat badan tapi bukan kangaroo, ada loceng tapi bukan anjing. Apa dia?
Doraemon
14. Apa yang kecik, hitam dan berpeluh ?
Semut / Kutu tengah jogging
15. Binatang yang badan atas kepala, kaki atas kepala, kepala pun atas kepala ?
Kutu.
16. Burung apa yang badan di kaki, kepak di kaki dan paruh pun di kaki?
Burung kena pijak.
17. Dalam perlumbaan antara ketam, sotong dan ikan bilis siapa yang akan sampai dahulu ke garisan penamat dan kenapa ?
Ikan bilis, sebab dia aje yang ke hadapan. Ketam ke tepi, sotong ke belakang.
18. Kenapa buku matematik sedih?
Sebab dia ada banyak masalah.
' style='padding: 0; border: none;'/>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.