Salam semua..
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah kerana saban hari kita dilimpahkan kurnia dan nikmat dariNya. Hari ini saya ingin berkongsi beberapa testimoni dari mereka-mereka yang terdekat dengan saya, pada masa yang sama sebagai takda penghargaan kepada mereka atas sokongan dan dorongan yang tak berbelah bagi untuk saya terus berkarya. Saya kira ini semua adalah hadiah dari Allah.
TESTIMONI BUKU
Saya telah nampak potensi Faizal semenjak dia menulis bukunya yang pertama Keluar Dari Tempurung dahulu. Malangnya dia sendiri kurang berkeyakinan kerana merasakan yang dirinya sekadar orang biasa yang suka membantu orang lain. Saban hari saya mendorongnya agar menulis dan terus menulis walaupun kami berdua sebenarnya remisier di pasaran saham. Terus terang bakat penulisan dan motivasinya begitu terserlah sejak dari dulu lagi. Buku Anda Yang Baru membuktikan semua ini dan saya cukup yakin yang Faizal akan pergi jauh selepas ini.
Azizah Saibon
Remisier
Buku Anda Yang Baru ini seimbang, diolah dengan ayat-ayat yang mudah difahami dan penuh berisi. Apa yang penting ialah pengarang dapat menyampaikan maksud yang hendak disampaikan melalui pilihan perkataannya, ini satu kriteria penting sebagai penulis dan Sdr Faizal berjaya dalam hal ini. Kemudian ia seakan punya satu formula untuk mengenali diri demi untik melakukan perubahan. Yang tinggal hanyalah tindakan untuk melakukan perubahan tersebut. Bagaimanapun sedikit sebanyak isinya berbekas di hati walaupun kita hanya membacanya. Tahniah saya ucapkan kepada Sdr Faizal dan saya doakan agar anda berjaya.
Kamaruddin Talib
Pesara
TESTIMONI BLOG
Tahniah Faizal! Blog motivasi Faizal ni lain dari blog motivasi yang lain dari segi isinya. Penyampaiannya bersahaja tapi isinya mengena. Kebanyakan artikel yang ada di sana membuatkan kita berfikir. Mungkin kami sedang kehausan, kekontangan dan air sirap orang kahwin yang Faizal hidangkan inipun terasa sangat sedap! Teruskan menulis dan update blog!
Zanarita @ missmanis
Internet Surfer
Terima kasih saudara Faizal sebab menyebut nama saya juga. Dari pandangan saya, blog anda sangat berilmiah dan wajar diketengahkan sebagai blog motivasi kepada semua. Artikel-artikel yang membina dan memupuk jati diri seseorang ke arah masa depan yang lebih baik banyak terdapat di blog saudara. Tak sia-sia saya menjengah ke sini tiap-tiap hari. Sekian, salam sukses saya buat anda dan semua pembaca.
Ikhlas,
Edyfinites a.k.a Norashidi Suhaimi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.