03 November 2009

Lawak Corner

KISAH DI KLINIK



Ade ler sorang makcik separuh umur datang ke klinik si doktor ni. 


Kata pompuan tu,
 "Doktor, teman ni dak lah ada problem apa apa, cuma selalulah melepas angin tak kira tempat. Tapi angin teman tak lah berbau, dan bila melepas langsung tak berbunyi. Teman jumpa doktor ni bukanlah perlu sangat, cuma teman tak selesa aje". 


Doktor kata,
"Ambil ubat ni makan dalam seminggu, datang lagi jumpa saya". 


Seminggu kemudian simakcik pun datang kembali dengan marah-marah pada doktor. 
"Doktor bagi teman ubat apa ha, kebelakangan ni kentut teman bukan main busuk lagi". 


Doktor kata,
"Bagus! bagus! Hidung dah baik, meh sini kita cek telinga pulak".




PESAKIT MENTAL 3


Di sebuah hospital rawatan pesakit mental yang bernama Yop.....kelihatan termangu seorang pesakit mental... Yop berkata dalam hatinya,

" Aku rasa aku dah ok... Dah tak gila lagi".


Tiba-tiba Yop mendapat idea untuk berjumpa doktor untuk menyatakan dia tidak gila. Sampai saja di bilik doktor , Yop pun berkata 
"Doktor....aku rasa aku dah ok dah....tak sakit lagi..."


Doktor pun memeriksa Yop untuk memastikan kata-katanya.. 


Doktor pun berkata,
 " Aku pun rasa kau dah ok....bila ko nak kuar? "


Yop pun menjawab,
"Secepat mungkin....tapi Doktor kena kasi sijil mengatakan bahawa aku tak gila.... ok tidak Doktor". 


Sambil tersenyum Doktor tu berkata
"No hal punya". 


Setelah dapat sijil dari Doktor, Yop pun pulang ke kampung. Disebabkan terlalu seronok Yop melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanan...Sebuah teksi hampir melanggar Yop... Pemandu teksi tu menjerit..

 "Hoi...! Gila ker!"


Yop menjawab,

"Siapa gila!...aku ada sijil kata aku tak gila....ko ada tak sijil kata ko tak gila?"


' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.