16 November 2009

RAHSIA PEMBENTUKAN DIRI

Semenjak kecil kita diberikan pengisian oleh ibubapa, guru, rakan taulan dan orang sekeliling agar membentuk sahsiah diri dengan sifat-sifat dan sikap yang baik. Menjadi anak yang baik dan pelajar yang cemerlang.

Kemudian kita sering bertemu dengan pelbagai artikel, pengisian, nasihat dan sebagainya yang menceritakan tentang pelbagai perkara. Nasihat untuk berhenti merokok, perkongsian mengenai kebaikan mempunyai keyakinan diri, bersifat positif, bersyukur, menghargai dan sebagainya.

Di kala yang lain pula kita pergi pula ke kem bina ihsan dan di situ kita didedahkan pula dengan permainan, aktiviti dan sebagainya yang kemudiannya fasilitator mendedahkan yang tujuan aktiviti itu ialah bagi tujuan membentuk kerjasama berpasukan, saling mempercayai dan pelbagai sikap positif yang lainnya.

Seterusnya bila bekerja dan diisi pula dengan input perniagaan, penjualan, pemasaran dan sebagainya.

Tetapi kita tak pernah diberitahu apakah kaedahnya? Bagaimana untuk memasukkan semua sifat dan sikap baik ini ke dalam diri secara objektif.

Jadi di sini dalam blog ini saya akan mendedahkan rahsia pembentukan diri ini kepada anda. Sama ada anda sedar atau tidak semua sifat, sikap, perbuatan, tindakan, sama ada anda berambut karat mahupun berpurdah, merokok mahupun menghisap heroin, minum arak atau minum wine, lembab atau cemerlang, solat atau tidak, kaki seks dan segalanya adalah disebabkan oleh satu proses yang akan saya huraikan sebentar lagi.

Mari kita mulakan...

Ketahuilah sesuatu nilai akan menjadi prinsip dan pegangan diri bila ia melalui satu proses yang saya namakan proses 4P.


Proses 4P itu ialah;

-      Pengisian
-      Pengulangan
-      Pengukuhan
-      Penerapan

Merokok
Pengisian           - Kenali rokok
Pengulangan       - Ulang-ulang hisap rokok
Pengukuhan       - Kawan cakap kalau tak merokok tak macholah dll
Penerapan          - Merokok menjadi tabiat diri

Solat
Pengisian           - Ketahui pasal solat   
Pengulangan       - Ulang-ulang solat setiap masuk waktu
Pengukuhan       - Baca artikel mengenai ganjaran solat dll
Penerapan          - Solat menjadi prinsip diri

Sifat pemaaf
Pengisian           - Mengetahui pasal kemaafan
Pengulangan       - Ulang-ulang memaafkan setiap kali berpeluang
Pengukuhan       - Terdengar tazkirah kebaikan memaafkan dll.
Penerapan          - Sifat memaafkan dipupuk dalam diri.

Melukis
Pengisian           - Terdedah pada lukisan yang diminati
Pengulangan       - Ulang-ulang melukis di mana sahaja
Pengukuhan       - Mentor membantu
Penerapan          - Kita menjadi pelukis

Kaki seks
Pengisian           - Melihat kelucahan
Pengulangan       - Bermula kali pertama dan mengulanginya
Pengukuhan       - Kawan-kawan mengajak ke tempat seks
Penerapan          - Menjadi kaki seks


Anda inginkan nilai apa lagi dalam diri yang ingin dijadikan prinsip diri?
Letakkanlah di tempat kosong di bawah ini. Semua nilai yang ada di dunia ini dalam apa juga bidangnya inilah prosesnya. Nilai pakai tudung? Perniagaan? Kerajinan? Keyakinan? Pemasaran? Menipu? Semua boleh. Prosesnya sama sahaja.

Pengisian           -
Pengulangan       -
Pengukuhan       -
Penerapan          -

Saya harap pengisian ini membuka minda anda tentang semua artikel, pengisian, nasihat atau apapun juga ia dinamakan. Pengisian dan pengukuhan sahaja belum cukup untuk menjadikan ia prinsip yang terpupuk dalam diri. Ia perlu lalu proses 4P.

Untuk pengetahuan anda juga untuk mengeluarkannya dari dalam diri ia melalui proses yang sama contohnya,

Untuk berhenti merokok,
Pengisian           - Pengisian rokok itu boleh menyebabkan kanser
Pengulangan       - Ulang-ulang tak merokok bila terasa nak merokok.
Pengukuhan       - Bini yang mengandung menegur jangan merokok
Penerapan          - Anda berhenti merokok.

Begitulah. Menurut orang tua-tua pengulangan perlu dilakukan sebanyak 40 kali/hari berturut-turut sebelum ia menjadi program diri.

Demikianlah tadi rahsia penerapan nilai diri atau rahsia pembentukan  dalam diri anda. Prinsip yang telah ada dalam diri disebabkan oleh proses 4P ini dan untuk memasukkan prinsip yang baru juga perlu melalui proses 4P ini malah untuk mengeluarkannya kita perlu melalui proses yang sama.

Selamat mencuba dan selamat berjaya!

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.