Salam sejahtera buat semua..
Satu soalan,
Anda punya situasi berikut atau kombinasi daripada situasi-situasi berikut?
Masalah sukar tidur (insomnia)
Mimpi yang mengganggu
Hilusinasi
Pening kepala yang teruk
Sakit tengkuk
Masalah atau gangguan pada mata, silau atau perit mata
Masalah tekak
Sesak nafas
Sakit dada
Masalah jantung
Berdebar-debar
Keresahan yang melampau
Kebas-kebas tubuh badan
Sakit seluruh badan
Sakit sendi tulang
Masalah-masalah kulit
Gangguan tenaga seksual
Sistem antibodi yang lemah
Masalah saraf
Sintom-sintom ini adalah tanda-tanda yang anda punya masalah stress atau tekanan mental. Stress adalah antara faktor kepada penyakit Hipertension atau masalah tekanan darah tinggi.
Di zaman moden ini dengan dugaan kehidupan yang pelbagai, maka ramai yang menghadapi masalah ini tanpa disedari. Saya menyampaikan topik ini kerana kebelakangan ini kes sebegini semakin banyak dan masalahnya mereka yang menghadapinya tidak mengetahuinya.
Pengisian ini sebagai awareness atau pengisian kesedaran. Dengan menerbitkan kesedaran maka kita akan tahu apa yang sebenarnya terjadi pada diri kita dan seterusnya tindakan dapat diambil bagi mengatasinya.
Manusia ini seakan sebiji gelas yang diisi air sedari kecil. Kejadian-kejadian traumatik di masa kecil yang dibawa ke peringkat dewasa dan ditambah pula dengan masalah yang mengetuk saban hari baik dari pasangan, keluarga, di tempat kerja dan sebagainya bakal memenuhkan gelas tersebut. Tekanan itu sebenarnya lebih kuat dari orang yang dekat kalau dibandingkan dengan orang yang jauh. Akhirnya air itu tumpah maka anda bakal mengalami masalah tekanan mental ini.
Saranan saya dekatkanlah diri dengan Allah Taala, pergilah bertemu dengan kaunselor, carilah therapi yang sesuai dengan diri dan sebagainya bagi menangani keadaan ini. Cari jalan untuk keluarkan air.
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
' style='padding: 0; border: none;'/>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.