20 November 2009

Contoh Penerapan Nilai Diri

Orang melayu di Malaysia dilahirkan dalam keluarga Islam, Islam secara  keturunan. Bila kita lahir kita sebenarnya hanyalah satu insan yang kosong. Tak tahu apa-apa. Kalau kita melayu tetapi dilahirkan dalam keluarga kristian maka kristianlah kita, kalau kita melayu dilahirkan dalam keluarga hindu maka hindulah kita sepertimana keadaannya orang-orang melayu di Indonesia. Persoalannya adakah kita menerapkan nilai-nilai ugama itu ke dalam diri kita?

Ia sebenarnya seakan kita orang melayu berkulit sawo matang yang memakai satu pelekat di dahi yang mengatakan kita ini adalah tergolong dalam golongan orang Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam kerana pengisian keislaman dalam diri kita yang cetek.

Sebagai permulaan ingin saya terangkan betapa pentingnya penerapan nilai diri berdasarkan huraian kes-kes berikut.

Tahun 2009

KES 1

Kisah Orang Asli
Orang Asli di Amazon masih lagi tinggal di dalam hutan dan hidup dalam keadaan Nomad iaitu berpindah randah. Bila sumber yang ada di sekeliling mereka berkurangan mereka akan berpindah mencari tempat baru yang lebih subur. Bagaimanakah penerapan nilai diri mereka? Pengkaji menggelarkan mereka “golongan yang dilupakan masa”. “The place where time forgotten.”

Apa terjadi ialah walaupun mereka berada di zaman moden, mereka masih lagi hidup dalam keadaan sepertimana beratus tahun dahulu. Mereka menggunakan batu atau kayu untuk menghidupkan api, menyumpit menggunakan getah beracun, menggunakan peralatan yang dibuat dari batu dan kayu dan sebagainya. Pakaian mereka pula diperbuat dari kulit binatang, rumah mereka pula diperbuat dari kayu dan dedaunan. Mereka boleh makan apa sahaja binatang yang dapat mereka bunuh. Burung, harimau, babi hutan, serangga, ikan, ular, biawak dan apa sahaja. Tetapi pada masa yang sama mereka tahu membezakan pokok mana yang beracun dan yang mana yang boleh dimakan. Mereka juga tahu tumbuhan mana yang boleh dijadikan ubat, yang mana berbisa dan sebagainya. Ini diketahui melalui pengalaman cuba dan lihat yang diturunkan dari generasi ke generasi.

Dua orang asli telah bergaduh samaada pada mereka boleh makan ayam hutan atau tidak. Kita ikuti dialog mereka. :

Batak : Penan!, aku dapat tangkap ayam hutanlah. Jom kita makan ayam
            ni.
Penan : Eh! Mana boleh makan ayam hutan. Kau gila ke Batak? Kesianlah
            kat ayam tu. Kami makan sayur dengan buah aje.

Batak :  Eh! Datuk nenek moyang aku dari dulu makan ayam.
Penan :  Habis macamana kau bunuh ayam tu?

Batak :  Pulas aje kepala ayam ni.
Penan :  Kejamnya kaum kau. Lepas tu kau buat apa?

Batak : Masaklah pada api. Lepas tu makan.
Penan : Ish! Hilang selera aku.

Kenapa begini? Ini kerana mereka tiada hubungan dengan dunia luar maka tiadalah penerapan nilai luar yang dapat memasuki diri mereka. Penerapan yang ada hanyalah penerapan nilai yang turun menurun dari generasi ke generasi dengan innovasi yang minimal.

Kemudiannya kita pergi pula ke kes yang kedua :

KES 2

Orang Asli di Kalimantan pula berbeza kerana mereka memakai pakaian yang sama macam kita, rokok tak dilepaskan dari jari dan sebilah parang digenggam erat dalam tangan yang satu lagi. Bagaimanapun mereka masih lagi hidup di hutan berteduhkan dedaunan dan bertapakkan tanah. Mereka bercucuk tanam dan menternak. Apakah bezanya dalam kes ini pula?

Mari kita lihat dialog mereka pula.

Batak : Penan!, aku dapat tangkap ayam hutanlah. Jom kita makan ayam
            ni.
Penan : Biar aku bunuh ayam ni. ( sambil mengeluarkan sumpitnya. ) 

Batak :  Eh! Kenapa kau nak kena pakai sumpit tu? Lambat.
Penan :  Habis macamana kau bunuh ayam ni?

Batak :  Potong aje kepala ayam ni.
Penan :  Ganasnya kaum kau. Lepas tu kau buat apa?

Batak : Kita rebuslah. Lepas tu makan.
Penan : Okey.

Bezanya ialah dalam kes ini terdapat penerapan nilai dari dunia luar yang menyebabkan adanya perbezaan dengan orang asli dari Amazon tadi. Kes yang saya ceritakan ini bukanlah cerita yang berlaku dahulu kala tetapi begitulah lumrahnya kehidupan mereka pada hari ini.

Apakah bezanya prinsip kehidupan mereka dibandingkan dengan kita?

Bayangkanlah sekiranya semenjak kita dilahirkan semua yang ada di hadapan mata kita ini tidak wujud. Kita tinggal di rumah yang diperbuat daripada pokok kayu, tiada lampu, air paip, radio, televisyen, telefon dan dapur, tiada katil dan sofa. Ibubapa kita tidak memakai baju tetapi memakai cawat yang diperbuat dari kulit binatang. Bapa kita pergi memburu binatang dan ibu kita pula bercucuk tanam. Bagaimanakah kehidupan kita? Apakah pengisian dan penerapan nilai diri kita? Bukankah kita akan jadi sama seperti orang asli tadi?

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.