11 November 2009

APA MASALAHNYA?

Masalah = Dugaan

Begini, pada pendapat saya semua dugaan ini boleh dikategorikan kepada 3 peringkat atau kategori.

KATEGORI 1,
KATEGORI DUGAAN PERINGKAT RENDAH.

Ia terdiri dari perkara-perkara yang jelas kelihatan antaranya kita diduga dengan ;

Duit, Perempuan / Lelaki / Pondan, Arak, Judi, Makanan, Kereta, Motor, Hiburan, Shopping, Rokok, Hujan, Banjir, Kemarau, Rumah, Kesihatan dan bermacam lagi yang jelas kelihatan di mata kasar.

Boss yang garang, kekasih yang ganas, jiran yang sombong, mertua yang bermasalah, anak yang sakit, kepala yang pening, pornografi, kereta yang rosak, hujan yang lebat, rumah yang bocor, hutang, komputer games dan lain-lain lagi termasuk dalam kategori ini.

Bayangkanlah sekiranya kita berdua, saya dan awak buka satu kelab malam. Kita sediakan hiburan, judi, arak, perempuan seksi yang menari di atas bar, dadah esctacy, makanan yang sedap dan sebagainya, saya yakin ramai yang akan datang kerana mereka sebenarnya kalah dengan nafsu diri dan gagal dalam menghadapi dugaan peringkat rendah ini.

Bayangkan pula senario ini. Kita berdua buka satu kelab yang menyediakan tempat mengaji Quran, belajar ugama, beribadat, tempat pertukaran ilmu dengan lelaki dan perempuannya menutup aurat dan diasingkan. Siapa nak datang? Tak payah bukaklah tu kat masjid tu siapa ada? Kosong selalu.

Jadi perasan tak betapa ramai yang gagal menghadapi dan menangani dugaan atau masalah sebegini? Dengan rokok pun kalah? Hujan lebat pun tertekan? Trafik jem pun nak marah? Rileks lah.

KATEGORI 2,
KATEGORI DUGAAN PERINGKAT SEDERHANA.

Kategori ini pula adalah dugaan yang ada tapi tak kelihatan. Anda tahu dan saya pun tahu.

Contohnya ;

Ilmu, Kelayakan, Amal, Kuasa, Rupaparas, Pangkat, Nama, Gelaran dan sebagainya.

Ini dugaan peringkat tinggi sikit dari kategori yang rendah tadi. Ianya mudah dikenali.

-      Ada yang bernama Syed yang tak mahu anaknya dikahwinkan dengan yang bukan berketurunan Syed.
-      Ada Datuk dan Datin yang marah kalau gelarannya tak dipanggil.
-      Ada yang berkuasa tetapi menyalahgunakan kuasanya.
-      Ada yang berilmu tetapi menekan orang lain mahupun begitu kedekut dengan ilmunya.
-      Ada yang beramal habis diceritakan pada semua orang dengan bangganya. Saya dah pergi haji 3 kali umrah 18 kali katanya.
-      Ada yang dikurniakan dengan rupa yang elok, maka disalahgunakan pula.
-      Dan bermacam lagi.

Seterusnya,

KATEGORI 3,
KATEGORI DUGAAN PERINGKAT TINGGI.

Kategori ini pula adalah dugaan yang halus lagi tak kelihatan. Anda tahu, saya tak tahu.

Contohnya,

Redha, Yakin, Ikhlas, Sabar, Tawakkal dan lain-lain yang hanya terletak di hati pemiliknya.

-      Redha 100 peratus pada perkara yang telah terjadi kerana itu susunan Allah walaupun rantai emas berharga RM5000 anda masuk dalam lubang tandas dan tak dapat diselamatkan.
-      Ikhlas hingga lupa pada pertolongan yang kita hulurkan.
-      Tawakkal pada Allah dan yakin yang Dia akan mencukupkan.
Bayangkanlah pada satu malam yang gelap gelita dan sunyi sepi anda seorang sahaja di dalam rumah sedang solat tahajud jam 3 pagi. Kemudian dalam hati anda berkata,
   
“ agaknya saya seorang je yang solat tahajud kat kampung ni malam ni.. ”

Bagi saya inilah dugaan peringkat tinggi yang dihadapi oleh orang-orang dekat dengan Allah Taala.

Mungkin ada kategori yang lebih tinggi tapi itu di luar pengetahuan saya.

Jadi, soalan saya pada anda semua,

Anda kalah dengan dugaan peringkat mana?

Semua sekali ?

Susah jugak tu.

Apapun semoga kita semua berjaya mengatasinya.

Bagi saya masalah atau dugaan ini bersifat menarik kita ke belakang. Bila kita bermasalah tak kiralah dalam kategori mana sekalipun ia pasti akan menjejaskan tumpuan kita dari objektif sebenar yang ingin kita capai. Baik-baik kita boleh mencapai objektif pada jangka masa yang singkat tetapi masalah atau dugaan ini melambatkannya.

Selain itu masalah juga melencongkan tumpuan kita kepada Allah. Sedang kita seronok memandu dan berzikir mengingati Allah, hujan turun, wiper pulak rosak. (hujan dan wiper menjadi elemen dugaan). Kita melenting marah hingga terlupa yang tadinya kita sedang berzikir.  

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Ada banyak artikel motivasi era baru percuma.



' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.