26 November 2009

Salam Aidiladha

Di kesempatan yang ringkas ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Aidil Adha terutamanya kepada semua pengunjung blog FaizalYusup ini yang kenal mahupun tidak.


Bersempena dengan hari raya korban ini izinkan saya bercerita serba sedikit mengenai pengorbanan. Kalau Nabi Ibrahim A.S. sanggup mengorbankan anaknya yang tersayang Nabi Ismail A.S. kerana Allah Taala, kalau para jemaah yang sedang berwukuf di Arafah pada ketika ini berkorban wang ringgit, tenaga, jiwa dan raga demi menunaikan rukun Islam yang kelima ini maka sebaiknyalah kita mengambil iktibar dan menterjemahkan pengisian pengorbanan ini ke dalam diri. Dengan harapan kita menjadi insan yang sanggup berkorban di jalan Allah hendaknya walau dalam apa juga yang kita lakukan.


Di sini saya juga ini memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah kerana denganlimpah kurniaNya blog ini menerima kunjungan yang berterusan dari anda semua semenjak ia dilancarkan dan kehadiran anda juga adalah satu pengorbanan yang hanya dapat saya balas dengan ungkapan jutaan terima kasih. Semoga isi yang ada di dalam blog ini akan dapat membantu anda melakukan sedikit anjakan dan perubahan dalam kehidupan seharian kepada keadaan yang lebih baik. InsyaAllah. Itu harapan saya.


Teruslah mengunjungi blog ini dan sebarkan kepada rakan taulan yang lain sekiranya anda merasakan yang ia akan membawa sedikit sebanyak manfaat kepada mereka. Sesungguhnya Allah tak akan mengurangi ganjaran manfaat yang bakal anda terima darinya. InsyaAllah.


Sekian dulu buat catatan kali ini. Selamat berhari raya, selamat menjalankan ibadah korban, tolong jangan ciklok daging korban dan berhati-hati di jalan raya.


Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.


Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.


Ikhlas dari,


Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial


Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Blog :http://faizalyusup.blogspot.com
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!


PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.