15 November 2009

Lawak Corner

Dua Insan Bercinta



Al-kisah 2 insan bercinta... yang lelaki tu nama Razak, yang pompuan tu nama Fatimah. Razak ni panggil Fatimah ni sebagai 'Imah' je (nak kasi nampak manje le tuh). Imah ni lak panggil Razak ni 'abang'je cos diorang ni dah close, lagi pun Razak ni lagi tua daripada Imah 4 tahun.


Entah macamana, diorang ni kena berpisah dalam jangkamasa 3 tahun. Razak tu kena pergi UK . Lama gak tuh... Imah ni kesepian le kat Malaysia. Since dah pisah lama gak.. then Imah boring dok umah sorang.. Ada lak mamat yang bernama Kamarul datang jumpa Imah. Mula-mula Imah dgn Kamarul ni kawan je, Kamarul ajak gi shopping, gi makan satay kajang, gi bowling. Entah macamana, hati Imah ni dah terpaut lak kat Kamarul nih... maka hilang la bayang-bayang Razak daripada hati Imah.. setelah genap 3 tahun.. Razak pun pulang ke Malaysia. Beria-ia le mamat nih nak jumpa Imah. Belum sempat nak call Imah, Razak ternampak Imah dgn Kamarul tengah date kat tengah town. Maka berderai le jiwa raga Razak.. Sedih je mamat tuh.. Tak lalu makan at the same time..


Imah dok jalan-jalan.. sembang le dgn kawan-kawan dia.. Entah camna dia dapat tahu Kamarul tu laki org. Imah pun frust menonggeng.. cuba nak kembali kepada Razak. Masa tu dia belum tahu lagi Razak ni dah balik Malaysia.


Razak pun memberanikan diri dia... Jumpa Imah. Dia pergi le ke rumah Imah. Muka Razak masam je.. Imah tanya le apasal masam.


Razak cakap.
"Susahlah.. aku dah tau apa yang ko buat masa sepeninggalanku"


Imah terperanjat...
"err bila masa lak nih.. aku setia apa..." kata Imah.


Razak berkata.. tersedu2..


" Aku sudah tau perhubunganmu dgn dgn Kamarul...." Imah terdiam...
"tamatlah hubungan kita disini sahaja..." tambah Razak.


Razak amik gitar kapuk yang dibeli dari UK tu... seraya berkata
" dengar lah lagu ini..., khas untuk mu..." Razak start nyanyi sambil menatap wajah sedih Imah yang sedang menangis...
(Lagu Rod Stewart beb!)


I can tell by your eyes
That you've probably been crying forever
And the stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror


I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart


Imah terdiam... masih menangis.... Razak sambung...


If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night's fears
The stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror


I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart


suara Razak terus mendayu2....


"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart."
"But if I stay here just a little bit longer,"
"if I stay here, won't you listen to my heart, oh, my heart?"
"My heart, oh, my heart!"


Razak ulangi phrase yang sama.... Imah terdiam... walaupun air mata
masih mengalir...


"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"


Setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh Razak untuk Imah itu... tiba-tiba mulut Imah berkata ...


" Abang, Imah nak beritahu abang sesuatu"


"Katakanlah duhai Imah" jawap Razak dengan suara perlahan..." err... err..." kata Imah dlm keadaan bersalah...


"katakan lah ..katakan lah Imah.. abang sanggup terima..." tambah Razak...perlahan2..


Imah berkata


"Abang..." "sebenarnya... Imah tak paham bahasa Inggeris..."


hawhawhaw...

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.