15 November 2009

Konsep Takdir 10 Minit


Masalahnya mengenai takdir ialah kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang. Paling kuatpun kita hanya boleh membuat andaian apa akan berlaku sekiranya kita mengambil sesuatu tindakan itu. Kita hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan.


Kes 1
Katalah ada seseorang ingin membunuh kita dan dia dalam perjalanan menuju ke rumah kita. Bila dia sampai apakah yang kita lakukan? Kitapun menyambutnya dengan baik kerana kita tak tahu akan niatnya datang berjumpa dengan kita. Sejurus kemudian dia menghunuskan pisau ke perut kita. Kalau tak cedera parah terbongkanglah kita kerana kita tak punya persediaan.


Bagaimana pula sekiranya kita boleh tahu apa yang bakal berlaku 10 minit sebelum kejadian itu berlaku. Dalam lain perkataan, kita tahu sesuatu takdir sebelum takdir tersebut berlaku. Berbalik kepada hal orang yang ingin membunuh kita tadi, sekiranya kita punya bayangan akan apa yang bakal terjadi dalam masa 10 minit yang akan datang saya percaya walau bagaimana sekalipun pendekatannya, si pembunuh itu tak akan dapat membunuh kita. Ini kerana kita dah nampak yang kita akan ditikam 10 minit sebelum peristiwa itu berlaku. Jadi, banyak cara yang boleh kita lakukan bagi mengelakkan dari keadaan ini berlaku. Kita boleh melarikan diri 10 minit sebelum dia sampai. Kita boleh mengelak semasa dia menikam. Kita boleh sediakan kapak untuk menakutkan dia, kita boleh cari kawan-kawan untuk membantu, kita boleh menyorok dan sebagainya. Walaubagaimanapun si pembunuh berusaha dia pasti tak akan dapat membunuh kita.


Kes 2
Kekadang dalam kehidupan kita akan bertemu dengan orang yang panas baran, mereka ini mudah marah dan memaki hamun walaupun kesalahan yang kita lakukan itu kecil dan adakalanya kita tak melakukan sebarang masalahpun tetap tetap menjadi mangsanya. Mereka boleh jadi orang yang terdekat dengan kita, ibu, bapa, suami, isteri dan sebagainya. Mereka yang punya masalah hati ini selalunya saban hari akan mencari jalan menyusahkan kita. Jadi, senang cerita kita gunakanlah konsep takdir 10 minit ini sebagai pertahanan diri. Sentiasa fikir apakah yang situasi yang paling buruk yang bakal kita tempuh. Ini akan bertindak sebagai tilam untuk kita jatuh. Oleh itu bila kita dimarah, diherdik dan diancam kita akan dapat menahan diri dan bertenang. Dalam hati kita akan berkata “aku dah agak dah dia nak marah” dan kalau hari itu mereka tak marah sedangkan kita telah bersedia dengan andaian yang terburuk maka ia bolehlah dikira hari bonus buat kita.


Kes 3
Pada satu hari dalam perjalanan balik dari sekolah perut kita berkeroncong kelaparan. Maka kitapun mulalah membayangkan apa yang dimasak oleh ibu di rumah. Mula terbayang ayam goreng, daging bakar masak gulai lemak cili padi siap dengan sambal belacan dan sebagainya sedang menunggu kita di bawah tudung saji. Kita sedang berjalan kaki dan 2 kilometer lagi barulah sampai ke rumah. Jam dah pukul 2:30 petang, panas terik pulak hari tu. Sesampai di rumah kita terus ke dapur. Buka tudung saji apapun tak ada. Ibubapa kita pun tak ada. Hah! macamana perasaan? Mau tension dibuatnya. Sanggup mogok lapar. Silap-silap seminggu tak bercakap dengan mak sendiri.


Inilah bayangan takdir yang tak menjadi. Bagaimana pula sekiranya kita ada kuasa takdir 10 minit yang saya perkatakan tadi. Saya pasti anda akan berhenti di warung dan membeli makanan sama ada anda makan di situ ataupun bawa balik. Kalau tidakpun anda boleh balik kemudian ke dapur untuk masak maggi atau sebagainya. Saya pasti anda tak akan berasa tertekan yang begitu sekali sepertimana dalam peristiwa yang pertama tadi.


Jadi disebabkan kita tak tahu yang tak ada makanan di bawah tudung saji sesampainya di rumah, apa yang boleh kita lakukan ialah masak maggi sendiri atau keluar pergi ke warung untuk makan. Lagipun kita punya tangan, kaki, mulut dan sebagainya untuk kita berbuat demikian daripada kita berlapar menanti ibubapa kita balik dan kemudiannya melepaskan kemarahan yang tak menentu.


Bukankah ini perspektif yang jauh lebih baik?


Malangnya dalam kehidupan, sesuatu yang tak disangka seperti ini sering berlaku. Sebagai contoh kita dipukul, dimarah, kehilangan barang atau orang yang disayang dan sebagainya. Bila keadaan ini berlaku kita mungkin menghadapi tekanan yang teruk.


Jadi saranan saya bagi mengurangkan tekanan yang sebegini bayangkan sahaja yang kita tahu apa yang bakal terjadi itu. Gunakanlah konsep takdir 10 minit ini. Dalam lain perkataan redha sahaja dengan apa jua ketentuan Tuhan.


Fikir-fikirkanlah..


Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.


Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.


Ikhlas dari,


Faizal Yusup


Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Blog :http://faizalyusup.blogspot.com
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.