Semasa di sekolah dulu kita akan dapat melihat kebanyakan anak-anak cikgu bakal mempunyai kelulusan peperiksaan yang baik kalaupun tidak semuanya. Anda tahu kenapa?
Atau pernahkah anda duduk dan meminta anak-anak anda menunjukkan buku-buku kerja sekolahnya, menyediakan jadual ulangkaji, atau duduk bersama melihat dia menyiapkan kerja sekolah mahupun pergi berjumpa guru mengenai perkembangan pelajaran anak-anak?
Apapun biar saya kenalkan anda dengan satu program dalam diri yang saya namakan PROGRAM MENDIDIK. Program ini adalah satu program yang baik dan akan banyak membantu dalam menentukan kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik khususnya.
Program mendidik ini secara sedar mahupun tidak telah terbentuk dalam diri seorang guru kerana saban hari mereka mengajar anak-anak muridnya dengan pelbagai kaedah dan pendekatan bagi memastikan apa yang diajar itu masuk ke dalam diri anak-anak muridnya. Program yang telah terbentuk dalam diri para guru ini kemudiannya dibawa pulang ke rumah. Mereka akan menjadi tutor anak-anak, membantu mengulangkaji dan menyiapkan kerjarumah, menyediakan jadual belajar, prihatin kepada perkembangan pelajaran anak-anaknya dan sebagainya.
Sedarkah anda yang program mendidik khususnya dalam bidang akademik ini tiada dalam kebanyakan ibubapa. Kebanyakan ibubapa yang bukan dalam bidang kerjaya mengajar selalunya tak punya program yang saya katakan ini. Mereka akan menyerahkan tanggungjawab mengajar ini kepada para guru di sekolah dan andainya keputusan ditambah pula dengan tuisyen namun demikian sekiranya anak itu masih juga kurang cemerlang dlam pelajaran maka para guru akan dipersalahkan.
Bagi saya kalau sekolah boleh memberikan peratusan 50% kepada anak maka kita kenalah usahakan lagi 50%, kalau sekolah boleh berikan 70% maka kita ibubapa kenalah usahakan lagi 30% itu. Janganlah salahkan para pendidik. Kita sebagai ibubapalah yang kena mengusahakannya. Selain dari itu ia terletak dalam tangan anak murid itu sendiri.
Apapun proses penerapannya ialah sepertimana Konsep 4P yang telah saya huraikan dalam artikel Rahsia Pembentukan Diri dalam blog ini. Ia seperti berikut;
PENGISIAN
– Inilah pengisian permulaan bagi mereka yang belum tahu atau pengisian kesedaran yang sudah ada programnya tetapi tak tahu mengenainya.
PENGULANGAN
– Mengetahui pengisian ini maka kita perlu melakukan pengulangan yang berterusan bagi memasukkannya ke dalam diri.
PENGUKUHAN
– Membaca artikel, membaca buku mahupun menonton televisyen mengenai perkara ini.
PENERAPAN
– Lambat laun program mendidik ini akan menjadi program diri.
Jadi masukkanlah program mendidik ini ke dalam diri anda kerana ia merupakan satu program yang baik dan akan banyak membantu dalam menentukan kecemerlangan anak-anak khususnya dalam aspek akademik.
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Blog :http://faizalyusup.blogspot.com
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
' style='padding: 0; border: none;'/>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.