01 November 2009

Lawak Corner

Salam semua,


Kita bertemu sekali lagi dalam lawak corner nih. InsyaAllah banyak lagi akan saya selitkan sebagai perehat minda. Lagipun orang putih cakap "laughter is the best medicine.." tapi Nabi SAW tak cakap gitu. Banyak ketawa menggelapkan hati. Jadi, ketawa sikit-sikit sudahlah ye.


Apapun di sini saya sertakan 2 kisah pesakit mental..


KISAH PESAKIT MENTAL l


Seorang doktor pakar sakit jiwa sedang memerhatikan tabiat aneh salah seorang pesakitnya. Setiap pagi, si pesakit akan melekapkan telinganya pada sebuah dinding seperti sedang mendengar sesuatu. Ini dilakukannya setiap hari dan diperhatikan oleh doktor berkenaan. Akhirnya pada suatu hari, si doktor terasa ingin mendengar apa yang didengari oleh si pesakit pada dinding berkenaan. Dia pun melekapkan telinganya ke dinding.... tetapi tidak dapat mendengar apa-apa. Dia berpaling kepada sipesakit dan berkata “Tak dengar apa-apa pun”. “Memang, dah sebulan dah. Senyap aje...” kata si pesakit”


KISAH PESAKIT MENTAL II


Satu hari seorang pengawal membuat rondaan di setiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada.


Kata pengawal itu dalam hatinya, ”tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain.” sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil terlentang di atas katilnya. Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda kebilik-bilik pesakit yang lain.


Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu Aduh Saliha pulak. Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu Aduh Saliha tu dalam keadaan meniarap, lagu Intifada yang mula-mula tadi terlentang?


Pengawal tu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu... ” Kenapa kamu menyanyi meniarap? Tadi terlentang?” Jawab pesakit mental tu.....


”Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak....” Pengawal tupun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya..” betul jugak…”




Aik!.. gelak sorang-sorang nampak.. hawhawhaw


Faizal Yusup signing off..

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.