14 November 2009

Siapa Faizal Yusup?


Salam sejahtera buat semua.. Semoga anda berada dalam keadaan sihat walafiat dikala ini. Dalam catatan kali ini izinkan saya berceloteh sedikit. Saya jarang berceloteh tapi sesekali tak apalah kot.

Mungkin ada diantara anda diluar sana yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya Faizal Yusup ini. Bagaimanakah kehidupannya, macamana dia punya begitu banyak input dalam dirinya, adakah perangainya sama selari seperti yang diungkapkan dan sebagainya. Mungkin ada yang mengenali saya di alam nyata tetapi ramai yang tidak. Mungkin ada yang pelik dan tak pernah dengan nama Faizal Yusup. Mungkin ada yang secara tak sengaja mencari benda lain di internet tetapi berjumpa dan dijodohkan Allah dengan blog Faizal Yusup ini.

Apapun biar saya ceritakan sikit mengenai Faizal Yusup ini.

Sebenarnya di alam nyata saya sering menjadi kaunselor kepada mereka-mereka yang terdekat dan mereka-mereka yang dijodohkan dengan saya sejak sekian lama. Mungkin pengalaman membantu dan mencari jalan penyelesaian inilah yang telah menyebabkan saya boleh bercerita tentang masalah dan motivasi ini kepada anda dengan mudah tanpa masalah.

Di kesempatan ini saya bukan nak menceritakan tentang kes-kes tersebut. Seorang sahabat memberitahu kalau kita buat perkara yang wajib maka kita boleh beritahu, tapi kalau kita buat kerja sunat kita kena diam. Maknanya kalau kita beri zakat kita boleh beritahu, kalau kita bersedekah tak payahlah beritahu. Semua orang tahu zakat fitrah contohnya yang dibayar dalam bulan Ramadhan. Sedekah pula bagi tangan kanan, tangan kiri tak tahu. Kalau kita bersolat wajib boleh beritahu tapi kalau kita bersolat malam 20 rakaat ke, kita kena diam. Kalau tak, tak ikhlas jadinya nanti. Pengisian ini juga boleh jadi satu topik yang panjang yang akan diutarakan nanti. InsyaAllah.

Apa yang hendak saya ceritakan ialah anda tak perlu kenal siapa Faizal Yusup kerana itu tak penting. Apa yang penting ialah kandungan pengisian yang disampaikan oleh Faizal Yusup. Apa yang penting ialah untuk kita semua mengambil iktibar dari apa yang disampaikan. Mengambil isinya yang bermanfaat dan disampaikan kepada yang ramai. Mengambil isinya dan buat perubahan ke dalam diri, keluarga dan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling. Itu yang penting.

Sebagai satu peringatan, semua maklumat, ilmu, analogi, contoh, artikel, pengisian ini tak berharga kalau ia sekadar dibaca tapi tak dihayati, dihayati tapi tak dilaksanakan, tak disampaikan. Ia akan hanya berharga bila ia dilaksanakan, disampaikan dan membawa perubahan ke dalam diri. InsyaAllah.

Terus terang saya baru bermula dan banyak lagi yang ingin saya kongsikan buat semua. Saya harap Allah berikan kesempatan untuk saya berbuat demikian buat anda semua. Sebagai peringatan buat diri juga buat anda secara tak langsung. Saya harap anda tak serik bertandang di sini dan akan terus bertamu.

Sekian dulu.

Seperti biasa,

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.