04 November 2009

Pandangan Mata Hati - Tiga Mata


Setiap pengisian, kejadian, peristiwa dan sebagainya yang kita terima sebenarnya boleh dipandang dari pandangan 3 mata...


1. Perihal pokok


Mata kasar : Pokok yang cantik menghijau menenangkan.
Mata akal : Fotosintesis, Habitat Haiwan, Bioteknologi, Fractal, Sumber yang
boleh membawa keuntungan dll.
Mata hati : Makhluk Allah yang berkhidmat kepada manusia dangan sifatnya
yang memberi dan menerima.


2. Perihal selsema


Mata kasar : Penyakit yang jelas kelihatan dengan hingus yang meleleh dan
sebagainya.
Mata akal : Disebabkan oleh kuman yang merebak di udara.
Mata hati : Dugaan Allah untuk menguji keimanan / ingatan Allah kepada
makhlukNya / penebus dosa dan sebagainya.


3. Perihal kematian


Mata kasar : Jenazah yang terbujur kaku.
Mata akal : Disebabkan oleh fungsi jantung yang terhenti oleh kerana sesuatu
kejadian, lemas, dicekik, dibunuh, kemalangan dan sebagainya.
Mata hati : Roh yang ditarik Malaikat Maut dengan ketentuan Allah Taala.


4. Perihal kekayaan


Mata kasar : Duit dan harta yang melimpah ruah.
Mata akal : Disebabkan oleh usaha gigih kepandaian dan kebijaksanaan
dalam bidang perniagaan dan sebagainya.
Mata hati : Amanah dan pinjaman Allah SWT atau dugaan kesenangan dari Allah untuk menguji makhlukNya.


Sebenarnya di Malaysia penerapan nilai diri menjurus kepada menajamkan mata kasar dan mata akal tetapi bukannya mata hati...

Mata kasar dan mata akal adalah pandangan mereka yang berminda dunia namun bagi insan yang berminda akhirat mereka akan melihat dengan ketiga-tiga mata.

Fikir-fikirkanlah...


Jom kita sambung perbincangan ini lebih mendalam dalam bab yang seterusnya…

Sekian dulu…

Kongsikanlah kepada rakan dan taulan andai anda mendapat manfaat darinya. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasabaik tuan puan itu. Terima kasih.

Ikhlas,

Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Perkongsian motivasi sebegini ada FY tulis dalam blog Minda Akhirat. Sekiranya anda membaca mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

#mindaakhirat
#hjfaizalyusup
#revolusibarupembangunandiri  

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan