19 November 2009

Bantuan Penterjemah

Saya ada menerima beberapa e-mel dan saranan yang meminta saya menulis dalam Bahasa Inggeris kerana ia pastinya akan membawa ilmu serta pengetahuan yang ada ini jauh ke peringkat global. Walaupun saya boleh berbahasa Inggeris dengan baik namun demikian saya lebih senang menyampaikan maksud atau mengekspresi diri dalam Bahasa Melayu dan saya cukup yakin penyampaian saya ini juga lebih baik dinikmati dalam Bahasa Ibunda kita ini tanpa sebarang gangguan ketidakfahaman.


Keduanya kalau saya mula menulis dalam Bahasa Inggeris dan kemudiannya menulis isu yang sama iaitu dalam bentuk terjemahan maka saya akan mengambil masa yang sepatutnya saya gunakan untuk menulis artikel baru dan ini bagi saya sesuatu yang merugikan.


Oleh yang demikian sekiranya anda di luar sana yang merasakan ada artikel-artikel di sini yang sangat baik untuk diterjemahkan dan dikongsikan dalam Bahasa Inggeris, maka di sini saya ingin meminta jasa baik anda yang berkemahiran dalam bidang penterjemahan untuk menterjemah mana-mana artikel yang ada di sini ke dalam bahasa Inggeris. Kemudian bolehlah ia dimasukkan dalam segmen Bahasa Inggeris dalam blog ini.


Terus terang saya meminta bantuan ini berdasarkan keikhlasan tuan puan. Siapa tahu mungkin juga kita boleh berusaha sama untuk mengarang buku motivasi Bahasa Inggeris dengan input-input yang ada ini dan dijual ke seluruh dunia.


Apapun ketahuilah yang Allah Taala tak akan mengurangkan ganjaran yang bakal anda terima sekiranya anda membuat semua ini dengan ikhlas. Itu saya yakin.


Sekiranya ada diantara tuan / puan yang berbuat demikian, hantarkanlah artikel yang telah diterjemah tersebut kepada greng70@yahoo.com untuk tindakan lanjut. InsyaAllah saya pasti akan meletakkannya di blog.


Sekian dulu.


Kerjasama pihak tuan / puan mengenai perkara ini amat saya hargai. Terima kasih.


Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.