01 November 2009

Lencongan Matlamat


Topik ini bolehlah diumpamakan seperti kita memulakan perjalanan dari titik A dalam sebuah lebuhraya dan berdestinasikan titik B. Katalah kita dari Petaling Jaya menuju ke KLCC maka sebenarnya banyak jalan yang boleh kita lalui untuk sampai ke sana. Katalah matlamat kita ialah untuk ke KLCC dari Petaling Jaya. Maka salah satu jalan yang boleh kita ambil ialah melalui Lebuhraya Persekutuan, menuju masuk ke Bus Stand Kelang melalui Masjid Negara dan seterusnya masuk ke Jalan Tun Perak sebelum bertukar masuk ke Jalan Raja Chulan. Dari Jalan Raja Chulan kita masuk pula ke Jalan Sultan Ismail sebelum memasuki Jalan Pinang untuk tiba di KLCC. Dalam jalan yang kita pilih itu maka banyaklah jalan simpang yang bakal kita temui. Andaikata kita tersilap memilih simpang maka kita pastinya akan tersesat.


Pada masa yang sama, banyaklah kenderaan lain yang bakal kita temui di jalan raya dan tak kurang juga kemalangan-kemalangan yang bakal kita jumpa disepanjang perjalanan itu. Topik ini bertujuan menerangkan tentang simpang-simpang keluar dan lencongan yang terdapat di jalan raya tersebut sebelum kita sampai ke detinasinya.


Kadangkala dalam kehidupan kita meletakkan satu-satu matlamat untuk kita capai tetapi apa yang terjadi ialah adakalanya di pertengahan jalan kita bertemu dengan pelbagai lencongan dan adakalanya tanpa disedari kita mengambil lencongan tersebut. Ini menyebabkan kita terlupa kepada matlamat awal yang ingin kita capai itu. Keadaan ini dinamakan “diversion” dalam bahasa Inggeris. Apa yang ditakuti ialah kita sesat lantas kita tak sampaipun ke destinasi matlamat kita.


Lencongan sebegini boleh berlaku kerana pelbagai sebab.


Kadang-kadang kalau kita lihat kepada bangsa India mereka mempunyai penerapan nilai yang berbelit-belit dan kadangkala bila bercakap dengan mereka kita pun naik pening kerana mereka membawa kita melalui jalan yang jauh penuh berliku hingga menyebabkan kita sesat dan tak tahu dimana kita berada. Tetapi kalau difikirkan kembali mereka sebenarnya tahu apa yang ingin mereka dicapai dan tahu manakah destinasi yang hendak mereka tujui. Oleh sebab yang demikian kebanyakan orang bangsa ini menjadi peguam kerana kelebihan yang mereka miliki ini. Mereka hanya kelihatan sesat tetapi sebenarnya mereka tak sesat cuma mereka lebih suka ikut jalan jauh dan berbelit-belit sebelum sampai ke destinasi agaknya. Mungkin penerapan nilai ini dalam sejarah yang menyebabkan datuk nenek kita suka berkias bila berkata-kata seperti dalam syair, gurindam dan pantunnya.


Seorang wanita juga mempunyai penerapan nilai yang baik dalam hal menuju matlamat serta mengatasi lencongan sebegini. Sebagai contoh, katalah Salbiah diminta menjual 40 gelang tangan dalam masa sebulan untuk mendapatkan habuan sesekian banyak. Maka dia akan terus melakukannya tanpa berfikir panjang kerana matlamatnya mahu mendapatkan habuan tersebut dan dengan habuan tersebut dia boleh berbelanja, pergi membeli belah dan sebagainya.


Kalau keadaan yang sama diberikan pula kepada lelaki, maka rasional pemikiran si lelaki akan bertanya pelbagai soalan. Bolehkah aku menjual 40 gelang ini? Siapa yang akan membelinya, masa yang diperuntukkan terlalu singkat dan pelbagai persoalan lain yang akan menyebabkan si lelaki tersebut tidak mengambil tugasan sebegini. Ini bersesuaian dengan pendapat wanita menggunakan 9 nafsu dan 1 akal sedangkan lelaki pula menggunakan 9 akal dan hanya 1 nafsu. Pemikiran rasional seorang lelaki adakalanya menjadi punca lencongan ini terjadi sedangkan menjual 40 gelang bukanlah perkara yang mustahil untuk dicapai.


Mungkin menurut prinsipnya, perempuan akan buat dulu cerita kemudian tetapi lelaki pula cerita dulu buat kemudian. Sebenarnya kebarangkalian wanita untuk lebih berjaya dalam menjalankan perniagaan adalah lebih tinggi kalau dibandingkan dengan lelaki kerana sifat yang mereka miliki ini. Ini ditambah pula dengan penumpuan dan stamina mereka yang panjang dalam menjalankan sesuatu perkara kalau dibandingkan dengan lelaki yang hanya bertenaga buat masa seketika.


Begitu juga bagi mereka yang menjalankan perniagaan. Pada mulanya mereka mempunyai matlamat untuk membesarkan dan memajukan perniagaan ke tahap yang tertinggi tetapi kemudiannya bila kejayaan mula kelihatan pada masa yang sama jalan lencongan juga kelihatan sama. Mereka mula membeli itu ini, kereta besar dan mewah, berhibur dan sebagainya. Akhirnya kejayaan kemana matlamat hilang begitu sahaja. Inilah yang sering berlaku kepada orang kita.


Sebagai kesimpulan kepada topik ini, pastikan matlamat anda, pelihara tumpuan dan cuba untuk mengelak dari memasuki lencongan yang tak perlu.


Fikir-fikirkanlah.


Ikhlas


Faizal Yusup

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.