12 November 2009

Masalah lagi?

Pada hemat saya masalah adalah umpama penyakit selesema. Tahukah anda virus selesema ini telah berada di muka bumi semenjak sekian lama. Para saintis hanya dapat mencari antibiotik untuk menghilangkan selesema dari seseorang yang dijangkiti penyakit ini namun para saintis tak dapat mencari jalan menghapuskan virus selesema ini agar ia tak wujud lagi di muka bumi. Dalam ertikata lain tiada orang lagi yang akan dijangkiti selesema selepas dari itu. Tapi saya yakin itu adalah mustahil.

Penyakit selesema ini juga sebenarnya ciptaan Allah Taala yang gunanya berkhidmat untuk manusia.

Berkhidmat untuk manusia?

Tak fahamlah.

Begini. Kalau anda perasan selesema ini datang bila kita keletihan iaitu bila kita terlebih kerja atau mungkin juga ia dijangkiti dari orang lain. Apapun bagi sebab yang pertama tadi ia berkhidmat dengan memberitahu yang badan kita letih dan perlukan rehat. Dengan rehat selesema ini InsyaAllah akan hilang dengan sendirinya tanpa perlu makan ubat sekalipun.

Bagi sebab yang kedua pula ia berkhidmat sebagai elemen dugaan. Menduga manusia. Mengganggu sedikit perjalanan hidup manusia.

Apapun dengan makan ubat antibiotik yang diberikan doktor, InsyaAllah selesema akan pergi dan kita akan kembali normal.

Baiklah apa cerita sebenar saya ni? Cerita saya begini, masalah juga umpama selesema yang sifatnya menduga. Jadi kita perlukan antibiotik yang sesuai bagi menghadapi dan mengeluarkan masalah dari dalam diri. Janganlah biarkan hidung itu berair berpanjangan atau dalam ertikata lain janganlah biarkan masalah itu terus-terusan membelenggu hidup anda.

Jadi di sini, dalam blog yang tak seberapanya ini saya sedang cuba mencipta satu ubat antibiotik untuk saya berikan pada anda agar anda dapat keluar dari masalah dengan cepat hingga ia tak sempat mengganggu perjalanan kehidupan anda untuk mencapai matlamat. Walau apa juga matlamat hidup anda. Bukankah baik kalau masalah ini dapat dihapuskan sama sekali hingga tak mengganggu mana-mana manusia lagi? Tapi itu pastinya mustahil bukan?

Apapun anda ke sini dengan sakit gigi, dan saya pula umpama doktor gigi. Saya akan menyarankan kalau gigi itu tak dapat diselamatkan maka kita akan mencabutnya. Kalau gigi itu boleh diselamatkan maka kita akan menampalnya. Jadi keluarkanlah masalah itu dari dalam diri dan ubatnya ialah dengan membaca artikel-artikel yang ada di sini dengan harapan ia menjadi antibiotik untuk menghilangkan / meringankan kesakitan atau masalah yang anda hadapi. InsyaAllah.

Ini kerana kalau anda salah ambil ubat atau bertemu dengan doktor yang salah mungkin masalah anda akan menjadi lebih teruk dan berpanjangan. Terus terang saya lebih suka masalah diselesaikan segera kerana saya tak suka ia mengganggu tumpuan anda terhadap ibadah mahupun mengganggu tumpuan anda terhadap matlamat yang ingin anda capai.

Makanlah antibiotik ni. Baca dan hayatilah artikel-artikel ini. Saya harap anda cepat sembuh!

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Ada banyak artikel motivasi era baru percuma.






' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.