10 November 2009

Lawak Corner

Kisah Beruk


Kisah ni terjadi di satu hari yang sungguh menyayat hati bagi seorang insan yang telah dibuang kerja... Dia sungguh sedih kerana dia merupakan anak sulung daripada 19 orang adik beradik, jadi segala perbelanjaan di rumah mahupun perbelanjaan sekolah adik-beradiknya.. terpaksa dibiayai.


Jadi, nak dipendekkan cerita........ pada suatu hari, beliau terlalu tension kerana sudah beribu-ribu temuduga dan jenis kerja telah beliau hadiri, malangnya satu pun tak berjaya..lalu beliau ambik keputusan untuk release tension. Petang tu pun beliau keluar berjalan-jalan fikir macamana nak selesaikan problem cari kerja ni.. Jalan punya jalan sampailah kat Zoo Negara... masa sampai kat pintu gerbang, beliau terfikir pulak "Buat apa aku masuk kat dalam Zoo ni? Nak buat apa?
“Tak pa la... sekali sekala mana la tau dapat idea...” beliaupun meneruskan perjalanannya itu masuk ke dalam Zoo. Semasa beliau berjalan-jalan sambil melihat haiwan-haiwan dan binatang liar di sana, beliau terserempak dengan seorang kawan lama... lalu kawannya itu menyapa


"Hai....Ucop, lama tak nampak?"
"Ada... busy, tapi sekarang ni aku dah tak busy dah..."
"Napa?"
"Aku dah kene buang kerja... problem betul la...."
"Laa... apsal kau tak bagitau aku awal-awal... Ari tu ada kerja full time kat sini.. tapi dah takda dah... dah full... tapi, kau jangan risau, kat sini ada kerja part time.... kau nak?"
"Eh! betul ke? Mestilah aku nak!, apa kerja tu?"
"Senang ja... zoo ni sebenarnya kekurangan haiwan, apa kata kalau kau jadi BERUK ala....pakai sarung..., mahal tau bayarannya.." Setelah beliau berfikir panjang, beliau pun membuat keputusan setuju menerima kerja tersebut, kerana memandangkan kemelesetan ekonomi yang berada di paras kritikal ini..
"Bila boleh start?"
"Kalau kau nak esok pun boleh!!".
"Buat apa esok, hari ini pun boleh...."
"Kalau macam tu, okeyla.. aku bagi tau bos aku dan kau bolehlah bersiap sekarang, nah uniform" dengan bangganya beliau terus memakai uniform yang berupa bulu beruk itu....dan terus masuk ke dalam sangkar yang disediakan.


Setiap pengunjung yang melalui sangkar itu merasa pelik dan hairan kerana jarang sekali terjumpa beruk seperti di dalam sangkar itu kerana beruk itu boleh berkata-kata... lalu ramailah orang mengerumuni sangkar beruk itu sambil bertepuk tangan dan bergambar... beruk itu merasa riak dan bangga yang di tahap maksimum lalu beliau terus melompat- lompat dan dgn tidak disengajakan..... beliau telah termasuk ke dalam kandang harimau yang berada bersebelahan dengan sangkarnya... beliau terus panik sambil meminta tolong....


"TOLONG!...TOLONG!!...TOLONG!!!...


Beliau menjerit sekuat hati...tapi semua orang tak ambil peduli, maklumlah beruk boleh bercakap. Beliau bertambah tak tentu arah apabila harimau itu kali ini betul-betul berada di hadapannya...... dalam hatinya berkata "matilah aku hari ni....." sambil mengucap 2x ingat nak mati......... tiba-tiba........ harimau tu gelak terbahak bahak dan berkata "Apsal kau menjerit! Aku pun harimau part time je macam kau jugak !


Moral : sendiri mau ingat ler...


Faizal Yusup


Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Blog :http://faizalyusup.blogspot.com
Ada banyak artikel motivasi era baru percuma.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.