1. Bendera naik bom jatuh apa dia ?
Lembu berak – angkat ekor...
2. Apa benda yang di luar ayam tapi rasa ikan ?
Sardin
3. Kenapakah kaum Red Indian yang bersembunyi di sebalik bukit meletakkan tangan di kening semasa mengintip sang Koboi?
Kalau letak kat mata tak nampak la.
4. Demam apa yang paling ditakuti ?
De mami – The mummy
5. Sekumpulan gajah menjumpai serumpun tebu. Semua gajah memakannya kecuali seekor. Kenapa?
Gajah tu menghidap kencing manis.
6. Mi apa yang budak kecil suka?
Milo
7. Ikan apa yang tak ada mata?
Fishball
8. Kereta apa yang tak dipanggil kereta?
Teksi
9. Van apa yang tak dipanggil van
Ambulan
10. Binatang apa yang berugama Islam?
Ular - Bissssmillah...
11. Binatang apa yang pandai menyanyi ?
Ula..la..la la
12. Kalau kapal tenggelam, apa yang timbul?
Masalah yang timbul
13. Apa benda yang kalau kotor tak boleh basuh, kalau koyak tak boleh jahit?
Kertas
14. Kotak apa yang tak boleh diangkat dan ditutup
Kotak penalti
15. Kotak apa yang ramai orang.
Kota Kinabalu
Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada kengkawan ok. Terima kasih.
' style='padding: 0; border: none;'/>
Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada kengkawan ok. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.