20 November 2009
Kisah Lembu di Padang Rumput
Pada satu masa dahulu ada seekor lembu yang setiap hari meragut rumput di padang ragut yang sama.
Setelah sekian lama meragut rumput di padang tersebut. Lama kelamaan rumput yang dahulunya hijau telah kelihatan semakin kuning kekeringan. Bila ia meninjau di sebalik bukit ia nampak padang rumput yang segar kehijauan di seberang sungai sana.
"Rumput di sini sudah kering dan tawar, kalau aku dapat makan rumput di sana mesti rasanya sedap tidak terhingga". Detik hati sang lembu.
Setiap hari sambil meragut, hati sang lembu bergelora terasa ingin menuju ke seberang sana. Apa yang menghalangnya ialah pagar duri yang terletak di tebing sungai. Maka setiap harilah sang lembu berharap yang pagar duri itu akan roboh.
Pada satu malam tanpa diduga hujan lebat dan doa sang lembu menjadi kenyataan. Sebahagian dari pagar itu telah roboh dan dihanyutkan air sungai. Tanpa berlengah lagi sang lembu mengorak langkah ke seberang.
Dalam keadaan samar-samar kegelapan itu sang lembu masuk ke dalam sungai dan mula mengharunginya. Setelah penat lelah mengharung sungai iapun sampailah ke padang rumput baru yang ditujunya. Iapun berehat menanti siang.
"Besok siang kenyanglah aku makan rumput yang segar, aku akan makan sebanyak mungkin! Katanya lagi.
Bila matahari mula menjelma keesokan harinya, alangkah terkejutnya sang lembu bila mendapati rumput di situ lebih kering dari padang rumput yang telah ditinggalkan itu.
Ia hanya kelihatan hijau dari jauh dan bila ia menoleh ke belakang, padang rumput yang ditinggalkannya itu pula kelihatan hijau dan segar. Malangnya dia tak boleh pulang semula kerana tuannya telah menaikkan kembali pagar duri yang roboh itu.
Moral : Hargailah barangan kepunyaan kita kerana barangan orang lain mungkin tak sebaik kita punya.
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.