Memaparkan catatan dengan label Produk Kami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Produk Kami. Papar semua catatan

08 Julai 2011

SEMINAR SEHARI – GANDAKAN WANG ANDA DI BURSA SAHAM SESI KHAS : SAHAM PERUNTUKAN KHAS BUMIPUTRA MITI – PELUANG PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN !!!

SEMINAR SEHARI – GANDAKAN $$$$ ANDA DI BURSA SAHAM
SESI KHAS : SAHAM PERUNTUKAN KHAS BUMIPUTRA MITI – PELUANG PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN !!!


-      Mengapa saham MSM melonjak dari RM3.50 kepada RM5.18 dan saham UOA pula menjunam dari RM2.60 kepada RM2.20?
-      [Rekod dicatat pada 5 Julai 2011]

Kami akan membongkar rahsia ini dalam seminar sehari ...
Jangan lepaskan peluang keemasan ini !!!

OBJEKTIF SEMINAR

Selepas menghadiri seminar sehari ini, pelabur dan bakal pelabur akan memahami perkara- perkara berikut :

-      Teknik Berkesan Melabur Saham di Bursa Malaysia
-      Mencungkil Peluang Pelaburan Menguntungkan Melalui IPO di MITI
-      Memahami Analisa Asas, Kewangan dan Teknikal
-      Rahsia Menganalisa Saham Yang Menguntungkan

KANDUNGAN SEMINAR

Aspek Asas :
-      Global dan Domestik
-      Makro dan Mikro
-      Industri / Sektor
-      Kedudukan Syarikat
Aspek Kewangan :
-      Kedudukan Kewangan Syarikat
-      Ratio / Nisbah
-      Cashflow
Aspek Teknikal :
-      Carta-Carta Analisis
-      Gelagat Saham / Stock Behavior

MAKLUMAT PROGRAM

Pada                                 : 23 Julai 2011 (Sabtu)
Masa                                 : 8:30 pagi – 5:30 petang
Bertempat                          : Hotel Vistana, Kuala Lumpur.
Yuran Penyertaan                : RM390.00
Penceramah 1                     :
En. Faizal Yusup  ( Remisier –Kenanga Investment Bank Berhad )
Penceramah 2                    :
En. Shamsuddin Yahaya ( Chartered Financial Analyst )

JADUAL PROGRAM

Masa                8:30 pagi – 5:30 petang
8:30                 Pendaftaran dan Minum Pagi
9:00                  Aspek Fundamental
11:00                Aspek Financial
1:00                 Rehat Makan Tengahrai & Solat Zohor
2:30                  Aspek Technical
4:30                  Sesi Soal Jawab
5:30                 Minum Petang & Bersurai

SIAPA YANG PATUT HADIR?

-  Pelabur Baru dan Pelabur berpengalaman yang ingin meningkatkan pengetahuan dalam pelaburan ekuiti.
-      Pelabur yang mahu mengambil peluang keuntungan dari pelaburan melalui Saham Peruntukan Khas di MITI atau Saham Terbitan Awam yang baru.
-      Mereka yang mahu meningkatkan status ekonomi.


SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI  :

SdP CONSULTANCY & SERVICES (ROB: 001764399-W)
3-1-1 JALAN MEDAN PB/1A SEKSYEN 9 , BANDAR BARU BANGI 43650 KAJANG SELANGOR
HP: 013- 368 5157 [DinDeraman], HP : 012 654 0130 [FY-Faizal Yusup]


Seminar ini terbuka kepada 30 peserta yang terawal dengan maksima seramai 40 orang peserta sahaja. Oleh itu daftar segera!

Percayalah seminar ini akan menjadikan anda seorang pelabur yang bijak!

' style='padding: 0; border: none;'/>

24 Jun 2011

Buku Jangan Senyum - Himpunan Teka Teki dan Lawak Jenaka Karya Faizal Yusup Sudah Terbit.


Buat pertama kalinya FY menghimpun cerita lawak dan teka teki untuk dijadikan sebuah buku santai yang baik untuk merehatkan minda. Terbitan Infodidik, harganya cuma RM6.50 dan boleh beli dari FY atau kedai buku yang berhampiran. Sure gelak punya!
FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

26 April 2011

Novel Cinta Komuter Karya Faizal Yusup


Sinopsis Cinta Komuter

Kegagalan Cinta Intan Suriyana di zaman remajanya menyebabkan hatinya tertutup untuk bercinta lagi. Namun demikian pada satu hari Azrol kembali untuk menagih cinta yang telah dihumbannya jauh. Azrol tidak berputus asa dan berusaha sedaya mungkin untuk kembali memenangi hati Intan. Bagaimanapun kehadiran seorang pemuda misteri yang sering ditemui dalam tren komuter telah mencuit hatinya.

Tragedi kemalangan komuter yang mengorbankan 12 nyawa telah membuka peluang luas kepada Azrol untuk kembali mendapatkan Intan. Kemalangan itu telah menyebabkan kehidupan Intan porak poranda hingga dia mengambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin dengan Azrol. Apakah yang terjadi seterusnya? Semuanya akan terjawab dalam novel Cinta Komuter ini, sebuah kisah cinta yang bersemi di sepanjang landasan rel Komuter.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Novel Inspirasi Trilogi Man Rempit 3

SINOPSIS INSPIRASI MAN REMPIT III
KEGEMILANGAN CINTA SEORANG MAT REMPIT

        Azman dan Sara akhirnya mengikat tali pertunangan. Kedua-dua mereka bahagia membuat persiapan demi melangkah memasuki gerbang perkahwinan. Kawan-kawan Azman pula menubuhkan geng Manjoe tetapi mendapat tentangan kuat dari Badrul yang tak puas hati dengan sanjungan ramai pada Azman.

        Badrul pula mencabar Azman dalam perumbaan di jalanraya tetapi ditolak oleh Azman. Pada masa yang sama seorang pelumba Singapura mendengar kehebatan Azman lalu menghubunginya juga untuk mencabar kehebatan Azman.

        Sara pula tiba-tiba membenci Azman kerana merasakan yang dia tak layak menjadi suaminya kerana dia tak bersedia untuk berkahwin. Duit hantaran tidak disediakannya tetapi dia sibuk dengan motor dan kehiudupannya sebagai Mat Rempit.

        Apakah yang akan terjadi dalam novel yang terakhir siri ini? Semuanya akan terjawab dalam novel yang hebat ini.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Novel Inspirasi Trilogi Man Rempit 2

SINOPSIS INSPIRASI MAN REMPIT II
DUGAAN CINTA SEORANG MAT REMPIT



Azman telah pulih dari pembedahan hati yang dijalankan setahun lalu. Kisah percintaan luar biasa antara Azman dengan Sara telah mendapat liputan umum dan menjadi perbualan ramai.



Namun demikian kepulangan kekasih lama Sara, Zafrul yang baru tamat pengajiannya dari Amerika Syarikat membawa kepada konflik. Sara dalam dilema samaada untuk memilih cinta lamanya atau Azman kekasih barunya.



Zafrul mengajak Azman dalam satu perlumbaan maut di tengah ibukota Kuala Lumpur bagi menentukan siapakan yang lebih layak untuk bersama Sara.



Apakah yang akan terjadi seterusnya?



Semuanya akan terjawab dalam novel Man Rempit II, Dugaan Cinta seorang Mat Rempit ini.


' style='padding: 0; border: none;'/>

Novel Inspirasi Trilogi Man Rempit 1

KISAH CINTA LUAR BIASA SEORANG MAT REMPIT

Azman atau Manjoe seorang mat rempit secara tak sengaja menyelamatkan Sara Yasmin seorang gadis yang cantik dan dari situ bibit percintaan luar biasa mereka bermula. Bagaimanakah seorang Mat Rempit dapat menyesuaikan dirinya dengan seorang gadis anak orang kaya?

Dalam pada itu Sara akan telah dijodohkan dengan Farid seorang anak Tan Sri yang kaya. Farid selagi daya cuba menghalang perhubungan antara Manjoe dengan Sara disamping konflik demi konflik yang melanda menggoyahkan hubungan Manjoe dengan Sara.

Berjayakah rancangan Farid untuk mengagalkan hubungan mereka? Dapatkah Sara menerima cinta seorang mat rempit kaki lumba haram itu?

Semuanya bakal terjawab dalam novel hebat ini.

' style='padding: 0; border: none;'/>

16 Ogos 2010

BUKU MOTIVASI BERUBAH SEBELUM REBAH



BERUBAH SEBELUM REBAH
KINI DI PASARAN!

Tajuk                   : BERUBAH SEBELUM REBAH
Penulis                : Ahmad Faizal Mohamed Yusup
Harga                  : RM13.00
Halaman             : 272

RAMAI yang tidak menyedari bahawa sikap adalah aset yang sangat bernilai. Ia boleh menentukan kejayaan seseorang, namun ia juga boleh menjatuhkan sekiranya tidak diuruskan dengan betul. Berubah Sebelum Rebah memberikan cara terbaik dalam menangani sikap negatif yang membelenggu hidup anda. Teknik motivasi yang disulami penceritaan ini bukan sahaja menghiburkan, malah anda akan dapat mengenal sikap yang menghalang kemajuan diri.

Paling menarik, ia turut memuatkan kejayaan tokoh-tokoh terkenal untuk membuka minda dan mencetuskan inspirasi. Gantilah kegagalan, kekecewaan, sifat berputus asa dengan semangat dan keyakinan untuk meraih kehidupan yang lebih baik. Perubahan adalah sesuatu yang pasti. Maka, ubahlah sikap negatif pada positif agar kejayaan menjadi hak milik hakiki!

Dapatkan naskhah anda sekarang!

' style='padding: 0; border: none;'/>