26 April 2011

Novel Cinta Komuter Karya Faizal Yusup


Sinopsis Cinta Komuter

Kegagalan Cinta Intan Suriyana di zaman remajanya menyebabkan hatinya tertutup untuk bercinta lagi. Namun demikian pada satu hari Azrol kembali untuk menagih cinta yang telah dihumbannya jauh. Azrol tidak berputus asa dan berusaha sedaya mungkin untuk kembali memenangi hati Intan. Bagaimanapun kehadiran seorang pemuda misteri yang sering ditemui dalam tren komuter telah mencuit hatinya.

Tragedi kemalangan komuter yang mengorbankan 12 nyawa telah membuka peluang luas kepada Azrol untuk kembali mendapatkan Intan. Kemalangan itu telah menyebabkan kehidupan Intan porak poranda hingga dia mengambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin dengan Azrol. Apakah yang terjadi seterusnya? Semuanya akan terjawab dalam novel Cinta Komuter ini, sebuah kisah cinta yang bersemi di sepanjang landasan rel Komuter.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.