Salam buat semua...
Dulu dalam tahun 2001 selepas kematian ayahanda yang tersayang FY mula menulis buku dan hingga kini banyak buku yang telah saya hasilkan. InsyaAllah menjelang peta buku ini akan ada 6 lagi buku baru yang bakal terbit hasil karya saya. Apapun kalau dilihat FY bukanlah seorang pelajar sastera tetapi di sekolah dahulu FY mengambil jurusan kejuruteraan Mekanikal. Malangnya FY tidak meneruskan cita-cita untuk terus menjadi seorang jurutera. Kalau difikirkan FY juga tak punya pendidikan formal dalam penulisan namun minat yang mendalam dalam bidang ini menyebabkan saya terus-terusan menulis hingga berjaya meloloskan diri menjadi salah seirang penulis untuk Alaf 21, Grup Karangkraf ynag tak asing lagi di negara ini.
Kemudian semenjak remaja FY memang suka menjaga tepi kain orang untuk mengetahui apakah masalah yang sedanga seseorang itu hadapi sambil mencari jalan penyelesaian mahupun untuk menyampaikan pengisian-pengisian motivasi agar mereka yang dilanda masalah itu dapat keluar dan meneruskan pejuangan kehidupan. Kononnya nak jadi ahli kaunseling mahupun ahli motivasi seperti Datuk Dr Fadzilah Kamsah malangnya sekali lagi FY tak punya kelayakan dalam bidang tersebut. Tak punya PHD dalam bidang Sosiologi mahupun Saikologi. Tak juga menjadi seorang pendidik di pusat-pusat akademik.
FY berfikir. Kalau FY bukan seorang penulis yang mengajar orang lain cara menulis dengan baik mahupun seorang Ahli motivasi dan kaunseling yang ulung lagi dikenali maka siapa dan apakah fungsi yang perlu FY lakukan sepanjang hidup di mukabumi ini?
Nampaknya tiada kelompongan yang ketara dalam bidang penulisan, juga tiada kelompongan yang ketara dalam bidang motivasi dan kaunseling. Jadi dan siapa FY sebenarnya? Dimana kedudukan FY sebenarnya?
Tiba-tiba baru-baru ini barulah FY nampak yang kelompongan yang ada adalah dalam bidang pelaburan saham bidang yang sebenarnya FY layak! Ini kerana memang FY punya diploma dan ijazah dalam bidang pelaburan disamping pengalaman kerjaya dalam bidang ini selama lebih 15 tahun.
Oleh itu, tanyalah Datuk Dr Fadzilah Kamsah kalau anda nak tahu pasal motivasi dan kaunseling, tanyalah pada Azizi Ali kalau anda nak tahu pasal pelaburan hartanah, tanyalah pada puan Ainon Mohd kalau nak tahu pasal penerbitan buku, tanyalah pada Pn Suzanna Ghazali kalau nak tahu perihal masalah rumahtangga, tanyalah pada Irfan Khairi kalau nak tahu pasal perniagaan di Internet dan tanyalah pada Ramlee Awang Murshid kalau nak tahu pasal penulisan buku
TETAPI tanyalah pada Faizal Yusup kalau nak tahu mengenai PELABURAN SAHAM!... Hawhawhaw... Anda ada apa-apa soalan?
Sekian buat kali ini, FY mengundur diri.
FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
*FY Team*
Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks
Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.
Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.