20 April 2011

Bicara Buku Berubah Sebelum Rebah di Jabatan Perdana Menteri

Alhamdulillah semalam 19 April 2011, FY telah dijemput oleh pihak perpustakaan Jabatan Perdana Menteri untuk membicarakan Buku tulisan FY Berubah Sebelum Rebah kepada warganya.

Pertamanya di sini FY ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPM kerana sudi menjemput FY bagi menyampaikan intipati dan berkongsi serba sedikit mengenai buku yang FY tulis itu. Ia merupakan satu penghargaan bagi pihak FY. Terima kasih kepada En Fakrul, Cik Azlani dan lain-lain yang terlibat secara langsung dan tak langsung.

Antara pengisian yang FY jalankan ialah berkenaan dengan Konsep 4P dalam pembentukan nilai diri dan ditambah dengan 2P lagi untuk mencapai kecemerlangan.

4P + 2P tersebut ialah ;

  • Pengisian
  • Pengulangan
  • Pengukuhan
  • Penerapan
  • Penyampaian
  • Penciptaan

Disamping itu juga FY menyelitkan kisah Pendekar 4, Kisah tokoh cemerlang, Rahsia Kecemerlangan, Kunci Kecemerlangan, pengalaman penulisan dan banyak lagi.

Selama 3 jam FY berdiri dan membicarakannya dan Alhamdulillah warga JPM nampaknya berpuas hati dengan pembentangan ini.

Apapun kalau ada pihak lain yang ingin FY berkongsi dalam mana-mana buku penulisan FY, hubungi FY bila-bila masa, InsyaAllah FY boleh meluangkan masa untuk tujuan itu.

Sekian dulu.
Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.