17 April 2011

Cikgu Syida Dengan Lagu Mimingnya

Membaca Harian Metro hari ini pandangan FY terjurus kepada populariti Cikgu Syida cikgu yang terkenal dalam youtube kerana hobinya menyanyi lagu miming.

Untuk mereka yang tidak mengenali cikgu Syida, beliau adalah seorang guru di sekolah Rendah Kebangsaan Pulau radang di Bota Kiri, Perak yang hobinya menyanyi lagu miming di youtube mungkin juga untuk tujuan meredakan tekanan seharian. Antara lagu yang terkenal ialah lagu yang dinyanyikan oleh Suhaimi Meor Hassan “Kalau Berpacaran” yang mencecah lebih 1 juta pengunjung.

Beliau pernah dimaki dan dituduh gila oleh sesetengah pihak yang merasakan apa yang diperlakukan itu salah dan tak sepatutnya dilakukan oleh seorang guru.

Apapun baguslah Cikgu Syida semakin terkenal di mata dunia dengan hobinya itu dan dengan itu memperkenalkan Malaysia lebih jauh lagi.

Di sini FY ingin mengulas serba sedikit mengenai kisah ini.

Pertamanya sebagai manusia dan kalau kita merupakan seorang mat saleh  maka kita bebas melakukan apa sahaja tanpa hukum hakam yang jitu dan hiburan, berpesta atau budaya hedoism ini memang diagungkan. Kebebasan bersuara kata mereka.

Keduanya sebagai seorang melayu, tiada hukum hakam yang boleh mengatakan yang apa yang Cikgu Syida lakukan itu salah. Mungkin salahnya terletak pada amalan budaya ketimuran yang penuh dengan tata tusila dan sopan santun. Lagipun bak kata lagu Kalau Berpacaran itu, “malu itu perisai orang beriman...”

Namun demikian sebagai seorang Islam, banyak hukum hakam yang mungkin dilanggar tanpa disedari.

Pertamanya apakah motifnya?

Maksud FY di sini ialah apakah perbuatan miming yang dilakukan ini berbentuk ibadah?

Firman Allah,

Tidak Allah jadikan manusia melainkan untuk mengabdikan diri / beribadah kepadaNya.

Keduanya bukankah ia merupakan satu pembaziran masa yang nyata. Pengisian masa yang sebaiknya diisi dengan perkara dan perbuatan yang wajib dan sunat sebaliknya diisi dengan perbuatan yang makruh dan haram. Tanda-tanda orang beriman ialah orang itu pengisian masanya diisi dengan pengisian yang wajib dan sunat.

Firman Allah lagi dalam surah yang kita semua tahu,

Sesungguhnya manusia dan kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Kemudian apakah pengisian atau penerapan mahupun objektif yang ingin disampaikan kepada orang diluar sana? Untuk mengajak lebih ramai lagi orang berhibur dan mengingati dunia melebihkan ingatan kepada Allah Taala dengan perkara yag lara dan melalaikan?

Firman Allah lagi lebih kurang maksudnya,

Maka hendaklah kamu mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan baring.

Seterusnya katanya ia untuk menenangkan dirinya. Adoyai kak long, ketenangan tiada di sana, ketenangan tak datang dengan melakukan miming, menyanyi, ke kelab malam dan sebagainya. Ia ada dalam Islam sepertimana Firman Allah,

Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan tenang.

Seterusnya apakah semua ini bakal mendapat pahala atau bakal mengundang dosa. Kalau pahala tak mengapa tapi kalau dosa maka setiap orang yang melihat atau diperkenalkan dengan youtube itu maka semakin banyaklah dosa yang bakal dibawa ke akhirat nanti. Mungkin dosa mengajak manusia lain ke arah kelalaian.

Sebagai tambahan adakah perbuatan ini mengikut akal atau adakah ia mengikut nafsu? Saya yakin ia mengikut nafsu ini kerana bila ditegur dia melenting dan pastinya setan yang duduk dibahu akan terus-terusan berbisik pada Cikgu Syida untuk terus-terusan melalaikan manusia dengan agandanya yang lebih besar iaitu untuk menyesatkan manusia agar terpesong imannya daripada Allah Taala.

FY sebenarnya rasa kasihan dengan orang melayu yang hanya dapat menyampaikan perkara-perkara yang berbentuk hiburan, cerita hantu dan sebagainya yang mana pengisian ilmunya berada di tahap yang rendah yang mana ia boleh dilakukan oleh sesiapapun juga namun dari sudut ilmu pengetahun, sains, teknologi dan yang lainnya tak pula kita usahakan untuk diketengahkan. Betapa ia jelas menunjukkan yang tamadun kita masih baru, mentah, bodoh dan suka meniru.  

Bukanlah FY marah dan mengatakan itu dan ini, bukan FY yang kata semua ini tapi Allah Taala yang kata. Kita sebagai manusia dan berugama Islam maka hukum hakam Allah merupakan hukum hakam dan undang-undang yang pertama yang perlu kita patuhi.

FY jeles? Hawhawhaw... FY jeleslah kalau yang disampaikan itu ilmu yang bermanfaat dan boleh dibawa mati dan ia jauh lebih banyak dari apa yang boleh FY sampaikan. Tapi adakah semua ini ilmu bermanfaat yang boleh dibawa mati? Hem... Yang pastinya ia hanya maklumat yang akan hanya ditelan zaman...

Fikir-fikirkanlah.

Kepada Cikgu Syida FY hanya berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran dengan harapan Allah mengurniakan hidayah di hati kita semua. InsyaAllah.

Lagipun bukankah lebih baik kalau Cikgu yang dikurniakan Allah Taala dengan suara yang merdu itu mendendangkan ayat-ayat suci Al Quran kerana ia bakal mengingatkan kita semua kepada Allah daripada menyanyikan lagu-lagu yang mengingatkan kita kepada dunia...

Sekian dulu. FY mengundur diri.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.