25 April 2011

PER: PEMAKLUMAN TAWARAN TERKINI PERUNTUKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada  perkara di atas.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa pihak MITI sedang menawarkan peruntukan saham khas Bumiputera bagi syarikat-syarikat dan butiran peruntukan saham adalah seperti berikut:

MSM Malaysia Holdings Berhad

a) Jumlah saham  khas : 80,843,000 unit
b) Harga par : RM0.50 seunit
c) Harga tawaran : RM3.50
d) Aktiviti utama syarikat : Menjalankan perniagaan pelaburan dan atau syarikat pemegangan dan untuk tujuan tersebut untuk membeli, melanggan atau sebaliknya mengambil alih dan memegang saham, stok, debentur, bon, obligasi dan sekuriti yang diterbitkan oleh atau dijamin oleh mana-mana syarikat atau entiti undang-undang sama ada ditubuhkan di Malaysia atau selainnya manakala kumpulan MSM Holdings pada dasarnya terlibat dalam perladangan tebu, pemprosesan tebu, penapisan gula, penjualan dan pemasaran barangan berkaitan gula dan juga pengangkutan.
e) Penyenaraian saham : Pasaran Utama, Bursa Malaysia Securities Berhad.
f) Bank penasihat : CIMB Investment Bank
g) Pegawai untuk dihubungi : Encik Zain Azhari Mazlan
h) No. telefon : 03-2084 9216
i) No. faks : 03-2084 6180
j) Tarikh Tutup Permohonan : 11 Mei 2011 (RABU)


INARI BERHAD
a) Jumlah saham khas : 36,460,000 unit
b) Harga par : RM0.10 seunit
c) Harga tawaran : RM0.35 seunit (indikatif)
d) Aktiviti utama syarikat : Semiconductor packaging, which comprises backend wafer processing, package assembly and radio frequency final testing for wireless microwave telecommunication semiconductor products; and to acquire and to manage land, buildings and properties.
e) Penyenaraian saham : Disenaraikan di Pasaran ACE, Bursa Malaysia
Securities Berhad
f) Bank penasihat : M&A Securities Sdn Bhd
g) Pegawai untuk dihubungi : Mr. Lee Yoke Wah
h) No. telefon : 03-2284 2911
i) No. faks : 03-2284 2718
j) Tarikh Tutup Permohonan : 11 Mei 2011 (RABU)

3.  Sekiranya klien-klien anda berminat untuk melanggan, boleh mengemukakan permohonan saham khas Bumiputera sebagai Pelabur dan dihantar samada dengan serahan tangan, kurier atau pos bersama dengan:

a) PERMOHONAN INDIVIDU
i)  Surat iringan (cover letter) dengan menyatakan dengan jelas nama syarikat yang menawarkan saham serta jumlah unit yang ingin dipohon;
ii)  Borang Profil Individu (borang boleh dimuat turun di www.miti.gov.my);
iii)  Salinan penyata bank terkini 3 bulan terakhir yang disahkan oleh bank;
iv)  Surat sokongan pembiayaan peruntukan dari mana-mana institusi kewangan yang ditandatangani sekurang-kurangnya oleh pengurus cawangan atau pengurus kanan portfolio yang relevan (mestilah dinyatakan nama pemohon, nama syarikat yang menawarkan saham, jumlah unit dan peratus pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak institusi kewangan); dan
v) Lain-lain bukti kemampuan kewangan dan aset seperti Simpanan ASB, Tabung Haji, Sijil Simpanan Premium, Kemudahan Overdraft dan Simpanan Tetap.

b) PERMOHONAN SYARIKAT
i)  Surat iringan (cover letter) dengan menyatakan dengan jelas nama syarikat yang menawarkan saham serta jumlah unit yang ingin dipohon;
ii)  Borang Profil Syarikat (borang boleh dimuat turun di www.miti.gov.my);
iii)  Form 24 dan 49 terkini yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat;
iv) Laporan kewangan syarikat yang terkini dan disahkan oleh Setiausaha Syarikat;
v) Resolusi dari Ahli Lembaga Pengarah syarikat untuk melanggan saham tersebut;
vi) Salinan penyata bank terkini 3 bulan terakhir yang disahkan oleh bank;
vii)  Surat sokongan pembiayaan peruntukan dari mana-mana institusi kewangan yang ditandatangani sekurang-kurangnya oleh pengurus cawangan atau pengurus kanan portfolio yang relevan (mestilah hinyatakan nama pemohon, nama syarikat yang menawarkan saham, jumlah unit dan peratus pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak institusi kewangan); dan
viii) Lain-lain bukti kemampuan kewangan dan aset seperti Kemudahan Overdraft dan Simpanan Tetap.

4.  Bersama ini disertakan Borang Profil Individu dan Syarikat untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. Permohonan yang lengkap boleh dihantar kepada:

Attn : Faizal Yusup
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI)
Bilik 26, Tingkat 5, Tower Satu,
RHB Centre, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur.
Tel : 03-92815195 Faks : 03-92815087

atau jika anda ingin hantar terus kepada

Pengarah
Seksyen Pembangunan Perniagaan Bumiputera
Bahagian Pembangunan Keusahawanan Bumiputera, MITI Putrajaya
Aras 7, Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
65652 Putrajaya.

5. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan dan memerlukan keterangan lanjut, bolehlah menghubungi pihak AJK PRIBUMI di talian di bawah ini atau emel greng70@yahoo.com

Faizal Yusup 012-6540130

Seperkara lagi kalau anda sebagai individu atau bagi pihak syarikat belum mempunyai akaun CDS hubungi saya. Ini kerana saham yang dilanggan itu perlu dimasukkan ke dalam akaun CDS dan bagi tujuan penjualannya nanti.

Sekian, terima kasih.

FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.