01 April 2011

Business Advisory Centre MITI (BAC) – Bantuan kepada Usahawan

Business Advisory Centre MITI (BAC) – Bantuan kepada Usahawan

FY sebagai Exco Pribumi telah dilantik dalam jawatankuasa tetap BAC atau Business Advisory Centre yang ditubuhkan pihak MITI baru-baru ini. Disini kepada usahawan yang inginkan bantuan khidmat nasihat, dana pembiayaan, pinjaman dan sebagainya maka mereka bolehlah merujuk kepada BAC.


LATAR BELAKANG BAC

Latar belakang penubuhan Pusat Rujukan dan Bimbingan Usahawan (BAC) adalah seperti berikut:

Cadangan Pengurusan Atasan MITI untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada usahawan.
Maklumbalas NGO/Persatuan/Dewan Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera selepas MECD dibubarkan.
Penyelaras kepada agensi lain dan Pusat Rujukan Keusahawanan yang lain.
Pengumuman YB Menteri pada 25 Mac 2010 di Parlimen (Dewan Rakyat) bahawa BAC akan diwujudkan di Bahagian Pembangunan Keusahawanan (BPU), MITI.

FUNGSI BAC

Fungsi penubuhan Pusat Rujukan dan Bimbingan Keusahawanan (BAC) adalah seperti berikut:

Sebagai pusat sehenti (one-stop-center) berkaitan bidang keusahawanan.
Merangkumi Agensi MITI dan beberapa Kementerian/Agensi berkaitan pembangunan keusahawanan.

PERKHIDMATAN BAC

Pusat Rujukan dan Bimbingan Keusahawanan (BAC) telah dilancarkan oleh YB Dato' Sri Mustapha Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)  pada 17 Februari 2011.Perkhidmatan-perkhidmatan BAC yang disediakan adalah seperti berikut:

·         Maklumat Dana Pembiayaan;
·         Maklumat insentif;
·         Latihan Keusahawanan;
·         Peluang Perniagaan;
·         Khidmat nasihat dan bimbingan;
·         Galeri Usahawan Produk;
·         Padanan Perniagaan (Business Matching);
·         Jaringan kerjasama;
·         Penghubung antara usahawan dengan Kementerian / Agensi /GLC/NGO/persatuan dan dewan perniagaan; dan
·         Pengumpulan data dan profil usahawan.

KEMUDAHAN BAC
Pusat Rujukan dan Bimbingan Keusahawanan (BAC) telah dilancarkan oleh YB Dato' Sri Mustapha Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)  pada 17 Februari 2011. Kemudahan-kemudahan BAC  yang disediakan adalah seperti berikut:

·         Kaunter Perkhidmatan Kementerian/Agensi/NGO;
·         Kemudahan ICT;
·         Ruangan perbincangan;
·         Pusat Sumber;
·         Direktori Peluang Perniagaan; dan
·         Galeri.

Jadi sekiranya anda usahawan yang sedang memerlukan bantuan maka FY sarankan anda melayari BAC. InsyaAllah mereka sedia membantu anda.

Sekian dulu.

FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.