Kebelakangan ini, inilah kenyataan yang sering kita dengar. Kisah Kerajaan tak ada duit, peruntukan dipotong di sana di sini, rayuan untuk mendapatkan peruntukan langsung tak dipedulikan dan sebagainya.
- Ramai usahawan yang FY temui mengeluh mengenai perihal ini memandangkan perniagaan mereka yang terjejas kerana peruntukan yang semakin mengecil ini.
- Kakitangan Awam pula ada yang mengatakan yang kerajaan menjalankan perbelanjaan berhemah namun demikian ada juga yang dengan selamba mengatakan yang memang kerajaan tak ada duit lebih-lebih lagi dalam merencanakan agenda Bumiputera.
Nampaknya akta 153(2) dalam Perlembagaan Malaysia yang mengutamakan Bumiputera telah dipinggirkan dan kelihatannya seperti keutamaan bangsa lain lebih diutamakan.
Daripada 131 EPP yang bakal dilaksanakan oleh PEMANDU yang diketuai oleh Idris Jala, boleh dikatakan semuanya memihak kepada bukan Bumiputera dan semua bentuk bantuan dan peruntukan diberikan bagi menjayakan semua ini namun masih belum ada yang berjalan. Kemudian bagi meredakan kaum Bumiputera maka TERAJU yang diketuai oleh En Husni ditubuhkan namun demikian belum ada sebarang peruntukan yang diberikan kepada mereka sehingga kini.
Mungkin kerana Bumiputera itu sendiri tidak bersatu menyebabkan kerajaan yang ada sekarang menumpukan lebih kepada undi bangsa lain dengan itu menjaga kepentingan mereka demi untuk terus berkuasa.
FY tak nak cerita panjang lebar mengenai hal ini kerana ia begitu menyedihkan lagipun FY mau mengelakkan implikasi yang mungkin timbul dari penulisan yang sebegini.
Terus terang Tamadun melayu masih muda dan perlukan masa untuk ia menjadi matang. Buat masa sejak perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, mereka yang dapat belajar di luar negeri seperti FY ini masih belum dapat melengkapkan pusingannya ke generasi yang seterusnya. Ia mengambil masa paling kurang satu generasi 75 hingga 80 tahun sebelum kita boleh nampak impak kepada Dasar Ekonomi yang dilaksanakan dua tiga dekad yang lalu. Mungkin masih terlalu awal untuk mengambil kembali hak keistimewaan bumiputera dalam hal ini.
Kalau ini berterusan maka lama kelamaan kaum bumiputera akan terpinggir dalam negaranya sendiri. Kerajaan yang bersifat keduniaan yang hanya sibuk mengejar kekayaan pasti akan ada kelemahannya nanti. Setakat ini rakyat masih mampu makan walaupun dalam keadaan inflasi yang meningkat dengan kenaikan harga barang-barang yang begitu ketara namun percayalah satu hari nanti pada ketika rakyat tak dapat makan dan perutnya lapar maka masalahlah yang bakal timbul.
Persoalan FY, kemanakah duit-duit itu pergi?
Fikir-fikirkanlah.
FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
*FY Team*
Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks
Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.
Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430
- Sedih mengenangkan nasib bangsa yang semakin terpinggir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.