28 Mac 2011

KONVENSYEN TRANSFORMASI EKONOMI 2011 ANJURAN PERKASA

KONVENSYEN TRANSFORMASI EKONOMI 2011
27 Mac 2011
Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara. PERKASA

Siang tadi FY mewakili Persatuan Remisier Bumiputera PRIBUMI telah pergi  ke Konvensyen yang dinyatakan di atas.

Antara yang dijemput sebagai pembentang ialah pihak TERAJU, PETRONAS, EKUINAS, SMI BANK dan lain-lain lagi. Semuanya menceritakan tentang penglibatan ekonomi kaum Bumiputera.

Antara Intipati Konvensyen itu ialah ia membicangkan mengenai usaha yang boleh dijalankan bagi meningkatkan pendapatan kaum Bumiputera di negara ini sebanyak 2.5 kali ganda menjelang tahun 2020 sedangkan 80 %  daripada kaum Bumiputera ini bekerja di dalam sektor kerajaan

Maka pelbagai strategi pendekatan dicadangkan antaranya ;

Strategi 1
Intervensi Kerajaan
Strategi 2
Pembiayaan Swasta
Strategi 3
Mengoptimumkan pasaran dalaman
Strategi 4
Mengoptimumkan Pasaran Perbelanjaan Isi Rumah
dan sebagainya.

Buat masa ini mengikut statistik 2005, (stastistik yang ada) Pendapatan seisi rumah kaum bumiputera adalah RM3156.00 dan 40% daripada golongan bumiputera ini berada dibawah RM3.000.00 sebulan.

Banyak lagi data dan statistik yang tidak menyebelahi kaum Bumiputera dimasa secara puratanya dalam semua aspek ekonomi kita ketinggalkan jauh meskipun pelbagai usaha yang telah dijalankan.

Pendapat FY ;

Dalam hal ini pada pendapat FY masalah paling asas dan paling utama dalam hal ini ialah mengenai masalah SIKAP diri kita sendiri sebagai kaum bumiputera.

Kebanyakan kaum Bumiputera adalah juga merupakan orang yang memegang prinsip Islam. Prinsip kebanyakan orang melayu yang sering kita dengar adalah ;
"Apa nak buat, dah nasib..."
"Rezeki secupak takkan jadi segantang..."
"Masalahnya kan..." dan pelbagai lagi.

Kemudian ditambah pula dengan prinsip Islam antaranya ;
- Bersyukurlah dengan apa yang kita ada,
- Bersederhanalah
- Prinsip Zuhud,
- Ambil apa yang perlu dan sebagainya.

Semua prinsip ini merupakan satu setback yang menghalang orang melayu daripada bersungguh-sungguh mencari kekayaan. Tidak seperti bangsa lain yang begitu mementingkan dunia dan harta benda.

Persoalannya berapa keratkah orang melayu yang mempunyai traits atau ciri-ciri sepertimana bangsa Cina contohnya yang saban hari memikirkan tentang duit, harta benda dan segala yang ada dalam dunia ini hingga mereka sanggup melakukan apa sahaja halal atau haram demi untuk meningkat ekonomi keluarga? Itu belum lagi saya tekankan mengenai sifat malas, nak cepat, nak kaya dengan cara mudah, tak boleh susah dan sebagainya.

Jadi keadaan ini jelas menampakkan kenapa jumlah kekayaan orang-orang kita masih tak banyak berubah dari segi nisbahnya sehingga kini. Untuk mengubah semua ini FY sarankan semua kita meletakkan cita-cita untuk menjadi jutawan malah lebih dari itu, kemudian bersaing bersungguh-sungguh dan gigih tanpa mengenal penat dan lelah maka tidak mustahil nisbah kaum bumiputera dalam pai ekonomi tu akan meningkat sedikit semi sedikit.

Sekian dulu buat kali ini. Masih banyak yang ingin FY sampaikan mengenai Konvensyen ini. InsyaAllah kalau ada kesempatan FY pasti akan berbuat demikian.

FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430


' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.