03 Mac 2011

Tekanan Mental, Tekanan Fizikal, Tekanan Organ?



OTAK / MENTAL

Sebelum ini saya pernah bertemu dan mengendalikan beberapa kes mereka yang stress dan tak dapat tidur. Pada saya stress ini disebabkan oleh masalah yang mengunung dalam diri dan mereka itu tak tahu dan tak dapat mencari jalan keluar untuk meredakan masalah yang mereka hadapi itu. Tekanan kerja, tekanan hidup, tekanan perhubungan dan pelbagai tekanan lagi.

Seperti yang pernah saya terangkan dalam artikel-artikel yang terdahulu dalam aspek menangani masalah dan stress ia seakan paip air yang lalu yang tak punya jalan keluar maka lambat laun ia akan penuh dan meletup. Kalau takpun analogi air dalam gelas yang telah penuh juga boleh digunakan.

Bila air ini penuh maka otak tak dapat lagi berfungsi dengan betul jadi kegelisahan atau anxiety mula melanda, perasaan takut yang berterusan, tak dapat tidur, jantung yang berdegup kencang, fikiran yang tak boleh berhenti berfikir, masalah pening kepala yang berat atau migrain dan pelbagai masalah lagi.   

Yelah mana taknya lawak pula bunyinya bila seorang kaunselor motivasi yang menyampaikan pengisian pengurusan tekanan atau stress management yang tak dapat mengawal tekanan bila ia kena pada dirinya sendiri. Memang ada kes yang pernah saya dengar begitu namun terus terang saya tak punya masalah ini dan episod masalah jantung yang saya hadapi tempohari kemungkinan besar tak ada kena mengena dengan stress atau yang melibatkan otak. Kalau adapun mungkin sedikit.

Semua ini adalah petanda stress atau tekanan mental yang melampau dan terus terang kebanyakan sintom ini tiada pada saya.

Setakat hari ini saya boleh tidur dengan nyenyak pada bila-bila masa walau dimana-mana saya berada, tiada rasa resah gelisah mahupun migrain yang melampau. Yang ada hanyalah degupan jantung yang tak betul iramanya atas kehendak Allah Taala.

Bila saya fikirkan kemungkinan masalahnya ialah satu.

FIZIKAL / TUBUH BADAN

Saya ni jenis honey bee atau lebah yang mencari madu. Saya seorang yang tak suka buang masa dan saya seorang yang sangat kurang tidurnya. Ini kerana sebelum dimasukkan wad tempohari saya bekerja siang dan malam. Mula bangkit jam 6 pagi dan bekerja sehingga jam 2 atau jam 4 pagi setiap hari. Di siang hari bekerja sebagai seorang remisier yang menjalankan transaksi saham yang pastinya mencabar, Untuk pengetahuan anda saya tinggal di Nilai, Negeri Sembilan dan bekerja di Petaling Jaya, satu pejalanan yang jauh untuk pergi dan balik kerja saban hari buat seorang yang telahpun berumur 41 tahun. Kesesakan jalanraya tak payah nak ceritalah.

Kemudian pulang ke rumah untuk membuat analisis saham untuk keesokan harinya dan seterusnya kesempatan yang ada saya akan gunakan untuk menulis buku mahupun mengemaskinikan blog. Kadangkala saya dah terlelap dengan kepala yang terlentuk depan komputer jam 2:30 pagi. Sepatutnya saya naik tidur tetapi saya meneruskan kerja dan adakalanya saya tak tidur kerana ilham menulis yang sampai menyebabkan saya meneruskan penulisan. Sekarang saya dah tahu yang sepatutnya saya berhenti menulis dan tidur. Saya bukan muda lagi dan saya rasa badan saya tak mampu meneruskan aktiviti dan produktiviti yang berterusan dan berlebihan begitu. Walau otak saya kata BOLEH namun mungkin badan saya TAK BOLEH menerimanya dan dugaan yang saya terima baru ini mengejut dan menyedarkan saya akan semua ini.

Badan, otak, organ dalaman diri saya juga perlu berehat. Lagi lama saya menggunakannya lagi teruklah mereka semua bekerja. Mereka tak cukup berehat dan masa tidur selama 2-3 jam itu tak mencukupi buat mereka memulihkan diri dan tubuh badan saya. Jadi saya rasa mulai sekarang saya perlu menjaga semua ini agar episod yang sama tak lagi berulang dengan keizinan Allah Taala.  

Apapun ini semua hanyalah andaian saya kerana ia juga mungkin ia atas sebab musabab lain.

Kita perlu ingat Allah Taala menjadikan siang untuk kita bekerja dan malam untuk berehat dan kalau kita melakukan yang tak normal maka mudaratlah yang bakal kita terima.

Saya harap garapan kali ini boleh membantu anda mengenali masalah yang anda hadapi.

Sekian dulu buat kali ini.

Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.