19 Mac 2011

Penghapusan kuota 30% hak keistimewaan bumiputera dalam pasaran modal


Nampaknya dewasa ini semakin lama semakin banyak hak keistimewaan yang dahulunya dipertahankan mula terhakis. Baru-baru ini saya ke MOF bagi membincangkan perihal quota 30% kakitangan bumiputera dalam pasaran modal. Antara yang terlibat  ialah Fund Managers, Research Analyst, Dealers Representative dan lain-lain termasuklah remisier seperti FY. Pertemuan itu dijalankan antara pihak MOF, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Persatuan Remisier Bumiputera (PRIBUMI).

Kesudahannya liberalisasi itu akan diteruskan juga dan ia bukanlah sesuatu yang boleh dibangkang. Namun demikian agak sukar untuk FY memberikan pandangan mengenai perihal ini kerana beberapa sebab berikut ;

KESAN

Quota Relaxation ini akan menyebabkan ramai bumiputera yang ada dalam industri akan terjejas. Ini kerana ada ramai juga remisier dan dealer yang diberikan gaji percuma hanya agar lesen mereka digunakan syarikat dan relaxation akan menyebabkan keistimewaan ini ditarik balik. Dalam ertikata lain hanya mereka yang mempunyai merit sahaja yang akan bertahan dan selebihnya akan dibersihkan. Maka saya yakin lebih ramailah Bumiputera yang bakal meninggalkan industri kerana tak mampu lagi untuk bertahan.

KEBAIKAN

Setelah sekian lama quota itu berada di situ nampaknya tiada peningkatan dalam penglibatan kaum bumiputera dalam bidang ini. Apa yang kelihatan ialah penurunan yang kian ketara sepanjang 2 dekad ini. Ramai yang meninggalkan industri daripada memasukinya. Industri ini mungkin merupakan salah satu industri yang mencabar bagi kaum bumiputera dan tanpa merit ia akan menyukarkan kita untuk bertahan di dalamnya.

Masalah ini secara tak langsung membendung atau menghalang kemasukan bukan bumiputera ke dalamnya disebabkan syarikat yang ingin mengambil perkerja bukan bumiputera terpaksa mengambil seorang melayu sebelum boleh mengambil 2 orang bukan melayu. Mereka percaya relaxation yang diberikan akan membolehkan industri berkembang. 

Kebaikan quota ini ialah ia membolehkan kaum bumiputera berada dalam dalam industri dengan peluang-peluang pekerjaan yang terbuka namun demikian ia akan hanya menjadi liabiliti kepada syarikat kerana terpaksa membayar gaji kepada mereka yang mana sumbangannya jelas lebih rendah. Ini bukan hanya kelihatan dalam peringkat yang rendah namun ia juga berlaku di peringkat yang tertinggi. Bumiputera yang mempunyai merit hakikatnya boleh dikira dengan jari.

Sejak dahulu sejak bersekolah lagi semua ini telah kelihatan. FY teringat semasa bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad. Kelas pertama hanya terdiri daripada 3 orang melayu yang mempunyai merit dan kelulusan untuk berada dalam kelas tersebut dan selebihnya berada dalam yang ke belakang. Maka cikgu mengambil keputusan untuk menambahkan lagi 2 orang murid melayu namun setiap kali mereka berada dalam kedudukan tercorot dalam kelas.

Ia telah berlaku semenjak di peringkat sekolah namun keadaan ini telah banyak berubah kerana semakin ramai anak melayu yang pandai dalam bidang akademik namun adalah ia akan membolehkan kita mendapatkan kembali hak keistimewaan 30% itu dengan merit? Kalau kita lihat dalam bidang apapun juga kita tertinggal ke belakang, perniagaan, pendidikan, perubatan, kewangan, perkilangan, hartanah kebanyakannya dimiliki oleh bukan bumiputera.

Dalam hal pegangan saham pula ia telah meningkat dari 19% kepada 22% namun demikian perlu diingat yang ianya adalah disebabkan oleh penglibatan institusi seperti Khazanah, PNB, Tabung Haji dan yang lainnya dan bukannya penglibatan pelabur runcit. Ini kerana kita tak punya cukup kakitangan yang berpengalaman dan bijak dalam pelaburan untuk menyampaikan kisah saham ini kepada masyarakat umum. Kita ada lebih 20000 agen saham amanah, lebih 20 ribu agen insuran dan kad kredit hinggakan kita mempunyai semua itu tetapi kita tak punya akaun CDS kerana hanya terdapat kurang daripada 4000 remisier dan dealer dalam industri ini. Walaupun terdapat 4 juta akaun CDS yang dibuka hanya 200,000 sahaja yang masih aktif. Ini sebenarnya merupakan jumlah yang amat kecil. Di Amerika 50 peratus rakyatnya melabur saham. Oleh itu kalau mengikut nisbah itu kita seharusnya punya 10 juta akaun.

Mungkin anda akan mengatakan kita tak boleh membandingkan keadaan dengan negara maju tapi kalau kita lihat nisbah ini juga lebih tinggi di Singapura dan Hong Kong. Ini kerana kebanyakan rakyatnya celik saham tak seperti di sini. Cukuplah bila anda google Melabur Saham di Bursa Malaysia maka anda akan bertemu dengan blog FY ini. Mana perginya para remisier dan dealers yang lain? Mereka tak ada website agaknya. Mana taknya secara puratanya mereka ini berumur 47 tahun ke atas.

PENYELESAIAN

Jadi kerajaan membantu dengan cara lain, dengan menubuhkan PNB bagi meningkatkan penglibatan bumiputera dalam pelaburan saham dan AHB bagi tujuan meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang hartanah dan sebagainya. Mungkin kami juga perlukan agensi sepertinya untuk terus hidup dalam Pasaran Modal ini dan terus terang inilah cadangan mereka kepada kami. Meminta kami menubuhkan satu entiti bumiputera untuk kami semua bernaung yang mana kerajaan akan membantu dari pelbagai segi. Mungkin juga ini ada kebaikannya.

PANDANGAN FY?
Nanti kemudian sebab FY nak bersiap untuk ke Kota Bharu untuk Road Show bersama MITI untuk tujuan outreach kepada pelabur Bumiputera bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam isu pelaburan saham ini. InsyaAllah FY akan berikan pandangan nanti bila ada kesempatan untuk berbuat demikian.

Apapun bangkitlah bangsaku.. Bangkitlah. Kalau dahulu mereka yang punya sijil tamat sekolah darjah enam boleh menjadi guru, sekarang kalau boleh kita perlukan Ijazah dan Ijazah Sarjana bagi mengeluarkan anak-anak murid yang tinggi kelayakkannya dan di masa yang akan datang kita akan perlukan yang jauh lebih tinggi untuk kita bersaing dengan kaum yang lain di negara ini. Janganlah suka berhibur, melepak, membuang masa, tengok cerita hantu dan layan kisah artis dan politik, ingin senang dengan cara yang mudah dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan yang dalam diri kita kosong dan inilah menjadi penyebab kita tak dapat bersaing dengan bangsa lain. 

Cabarlah diri untuk buat yang susah kerana kalau kita berjaya buat yang susah yang lainnya akan menjadi senang..  

Sekian dahulu.

Fikir-fikirkanlah...
FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.