08 Mac 2011

Kelemahan Orang Melayu Meniaga



Setakat ini sudah beberapa kali saya pergi membeli kue teow kerang di gerai-gerai melayu yang berlainan. Selalunya saya akan membeli 5 atau 6 bungkus buat makanan sekeluarga.

Dan apa yang memelikkan saya ialah mereka atau tukang masak itu akan memasaknya satu demi satu. Jadi terpaksalah saya menunggu untuk mendapatkan kue teow tersebut.

Persoalan saya kenapa begitu? Bukankah lebih senang dan menjimatkan masa kalau ia dimasak kelima-limanya sekali serentak dan kemudiannya membahagikannya kepada 5 bahagian yang lebih kurang sama?

Kemudian bila saya membuat kajian kata mereka, mereka tak mahu menjejaskan rasa kue teow tersebut, rasa standardnya akan terjejas kalau dimasak dengan cara yang berlainan. Ini kerana mereka telahpun mempunyai sukatan yang tertentu untuk setiap kue teow yang dihidang. Yang peliknya pada satu ketika saya meminta kue teow itu tak pedas namun saya tetap mendapat kue teow yang pedas mungkin kerana inilah cara dan kaedah standard yang mereka tahu.

Adoiyai... Bukan apa, pada saya di sini terdapat banyak kelemahannya. Pertamanya ia membazirkan masa. Bila terdapat ramai pelanggan maka kita terpaksa beratur dalam satu jangkamasa yang panjang bagi mendapatkan kue teow tersebut. Kelambatan ini  boleh menyebabkan kita kehilangan pelanggan. Dalam zaman moden yang serba cepat ini sebenarnya kita perlu cepat dan cekap agar kita tidak ketinggalan. Bayangkanlah kalau Mc Donald menyiapkan burger anda dengan begitu lambat. Saya yakin ia pastinya akan menjejaskan perniagaan mereka kerana mereka akan kehilangan pelanggan. Dewasa ini kita nak cepat masa di Bank, di Hospital, berurusan di Jabatan Kerajaan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi kita nak cepat nak masuk ke dalam tandas yang ada orang di dalamnya... kalau tak aniaya nanti. Hawhawhaw...

Rakyat di negara maju telahpun tahu akan perkara ini jadi mereka membudayakan diri untuk menjadi efisien dan menjalankan segala urusan dengan cepat, tangkas dan cekap. Lagipun akhir zaman masa setahun akan dirasakan seakan sebulan, sebulan pula akan dirasakan sehari dan begitu jugalah seterusnya.

Sekali lagi saya tekankan masa kehidupan hanyalah dianggarkan kira-kira 25,000 hari untuk setiap kita itupun kalau kita tak mati lebih awal dari itu. Jadi masa menantikan kue teow ini juga sebenarnya merupakan satu masa yang berharga. Peniaga kue teow itu bukan hanya membazir masa kehidupannya malah membazirkan masa pelanggannya yang menanti kue teow yang ingin dibeli.

Sebenarnya dalam apa juga yang kita lakukan, pertamanya janganlah bertangguh, keduanya carilah jalan untuk melakukan sesuatu itu dengan pantas dan berkesan agar kita dapat menjimatkan masa. Semua ini sebenarnya meningkatkan KPI (Key Performance Index) buat kita sebagai individu. Semua ini perlu kita budayakan ke dalam diri untuk menjadikan kita orang yang cemerlang. Masa yang dijimatkan itu pula boleh kita gunakan untuk aktiviti lain bagi meningkatkan produktiviti.

Kemudian, kerana ingin cepat disebabkan ramai pelanggan, kue teow itu dimasak dengan begitu cepat hinggakan sambal tumisnya tak cukup masak lantas menyebabkan masalah percernaan kepada mereka yang lemah tali perutnya. Sudahlah tu kita bayar RM3.50 untuk kue teow itu, dapatnya sedikit, udangnya seekor, kerangnya tiga ketul, sayurnya serupa tak ada... Adoiyai..

Nampaknya lain kali FY kena beli burgerlah... Hawhawhaw...

Sekian dahulu buat kali ini.

Salam sejahtera buat semua.
Buat abang kue teow.. jangan marah aaa...

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.