Siang tadi FY bersama Pn Huda Ikhwan Presiden Persatuan Remisier Bumiputera (Pribumi), En Hazrin dan Puan Saloma yang juga AJK persatuan tersebut telah bertemu dengan Encik Abdul Mushir Che Cik salah seorang orang kuat TERAJU. TERAJU adalah sebuah agensi yang ditubuhkan kerajaan baru-baru ini yang bertujuan meneraju agenda Bumiputera bagi mengukuhkan ekonomi Bumiputera agar standing dengan bangsa lain dan agensi ini berhubung secara langsung dengan PM.
Sektor yang dikenal pasti adalah minyak sawit, pertanian, minyak dan gas, pendidikan, pemborongan dan peruncitan, perlancongan, Greater Kuala Lumpur, kandungan komunikasi dan media serta perkhidmatan perniagaan.
Jadi pihak kami datang sebagai sebuah NGO untuk berbincang dan memberi cadangan serta membentangkan kertas kerja mengenai bagaimana untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang pelaburan saham / ekuiti.
Untuk pengetahuan anda dewasa ini nisbah pelaburan harian di Bursa Malaysia kebelakangan ini ialah seperti berikut lebih kurang ;
50% - Intitusi Tempatan
30% - Institusi Asing
20% - Peruncit
Di sini kita akan dapat lihat yang penglibatan pelabur perseorangan hanyalah sekitar 20% dan sekiranya transaksi ini ditolak dengan transaksi sindiket saham dan pelabur bukan bumiputera maka jumlah pelabur bumiputera mungkin boleh dikira dengan jari.
Dalam hal ini mungkin daripada kajian terdapat peningkatan dalam pegangan saham keseluruhan oleh Bumiputera dari 19% satu ketika dahulu kepada 22% namun kebanyakannya dipegang oleh institusi pelaburan bumiputera seperti Permodalan Nasional, Tabung Haji dan sebagainya. Oleh itu ia jelas yang penglibatan pelabur perseorangan Bumiputera amatlah rendah. Keadaan ini secara tak langsung juga menjejaskan para remisier Bumiputera yang berada dalam industri, hidup segan mati tak mahu.
Jadi persoalannya kenapa keadaan ini berlaku?
Pada pandangan saya pertamanya kebanyakan Bumiputera tidak terdedah kepada aspek pelaburan ekuiti melainkan pelaburan dalam saham amanah. Kurangnya pendedahan ini antaranya disebabkan oleh jumlah remisier yang kecil di pasaran kalau dibandingkan dengan nisbah penduduk negara ini. Dalam hal ini terdapat lebih daripada 20,000 agen saham amanah, kad kredit dan juga insuran namun demikian terdapat kurang daripada 4000 remisier yang aktif di pasaran.
Keduanya keadaan pasaran yang kurang memberansangkan yang tidak dapat menarik minat mereka untuk memasuki pasaran saham. Kalau kita lihat dahulu pada tahun 1993 boleh dikatakan semua orang bercerita pasal saham disebabkan kenaikannya yang begitu tinggi ditambah pula dengan kecairan pasaran.
Ketiganya control measures yang lebih ketat yang dilaksanakan, contohnya pengenalan Broker Front End menggantikan SCORE. Dalam hal ini kawalan kredit dewasa ini menjadi lebih ketat. Kemudian pemendekan jangkamasa kontrak dari 7 hari kepada 5 hari dan sekarang 3 hari telah menjejaskan pelabur runcit.
Kelimanya agihan unit terbitan awam yang mendahulukan institusi secara tak langsung menyebabkan kurangnya penglibatan pelabur baru di pasaran.
Keempatnya kenaikan purata household debts yang melebihi 70% daripada pendapatan isi rumah menunjukkan kebanyakan orang tak punya lebihan bagi tujuan pelaburan memandangkan wang tersebut dibelanjakan lebih kepada tujuan barang keperluan. Menurut kajian 50% daripada hutang isirumah itu adalah bagi membayar pembiayaan rumah yang dibeli. Seperkara lagi dewasa ini generasi baru lebih suka membeli pelbagai produk yang ada di pasaran daripada melaburkan wang tersebut.
Dan pelbagai sebab yang lain lagi.
Keadaan ini sebenarnya akan menjadi lebih teruk di masa akan datang kerana semakin lama ia semakin menurun akhirnya merugikan bumiputera itu sendiri kerana pengagihan kekayaan yang tak seimbang yang berlaku sedangkan pasaran saham adalah merupakan avenue utama bagi meningkatkan ekonomi diri serta keluarga.
Bila ditanya 95 peratus daripada responden mengatakan jawapan tak reti atau risiko tinggi dan hanya 5 peratus yang berani mencuba tapi tak tahu dimana hendak mencari pendedahan mengenainya. Ini menunjukkan pendedahan tentang pasaran saham secara individual dan caranya masih belum dijalankan secara efektif di negara ini. Pendedahan perlu dilakukan bermula dari peringkat sekolah secara meluas. Untuk pengetahuan anda, 50% rakyat Amerika Syarikat memegang saham secara individu.
Selain itu pada saya struktur saham terbitan awam mesti dipinda dengan melebihkannya kepada pelabur individu sepertimana yang dijalankan sebelum tahun 1997 dimana banyak individu yang terlibat dengan saham secara langsung atau tak langsung kerana kad pengenalan mereka dipinjam bagi tujuan membeli saham terbitan awam yang ditawarkan. Dewasa ini kebanyakan keuntungan terbitan saham baru ini pergi kepada institusi dan mengkayakan orang yang sudah kaya. Keadaan inilah yang menyebabkan pengagihan yang tidak seimbang itu sedangkan ia tak sampai kepada rakyat kebanyakan.
Struktur sebelum 1997
70 % - Pelabur Individu
20 % - Pelabur Institusi
10 % - Kakitangan syarikat yang bakal disenaraikan.
Struktur selepas 1997
70 % - Pelabur Institusi
20 % - Pelabur Individu
10 % - Kakitangan syarikat yang bakal disenaraikan.
Keadaan ini berlaku kerana kemerosotan harga saham yang menyebabkan saham-saham terbitan awam ini tidak diambil oleh pelabur individu jadi ia terpaksa diambil oleh underwriter saham tersebut. Namun demikian keadaan sudah berubah kerana pasaran saham telah kembali aktif dan control measures yang saya perkatakan tadi telah mengurangkan risiko kejatuhannya.
Mungkin strukturnya perlu dipinda sebegini;
50 % - Pelabur Institusi
40 % - Pelabur Individu
10 % - Kakitangan syarikat yang bakal disenaraikan.
dan seterusnya dipertingkatkan hingga kembali ke tahap seperti sebelum 1997 dahulu kerana keadaan ini akan meningkatkan pelabur individu disamping memberi pendedahan langsung dalam aspek pelaburan saham ini.
Perubahan struktur ini akan menyebabkan lebih ramai individu yang bakal terlibat. Bila tangan tercelup lambat laun mereka akan menyeluknya lebih dalam.
Setakat ini dahulu buat kali ini.
Faizal Yusup mengundur diri.
FY
016 6667430
Remisier
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Link perkhidmatan kami ;
- Woksyop BTX - Online Trader
- http://www.faizalyusup.net/2014/07/woksyop-trading-made-easy.html
- Personal Coaching
- Hubungi FY 016 6667430 untuk temujanji
- Seminar Super Investor
- http://www.faizalyusup.net/2014/02/kelebihan-seminar-saham-super-investor.html
- Seminar SuperTech Investor
- http://www.faizalyusup.net/2014/02/jemputan-ke-kursus-supertech-investor.html
- Seminar SuperTrader
- http://www.faizalyusup.net/2014/01/jemputan-ke-seminar-supertrader.html
- Membuka akaun CDS
- http://www.faizalyusup.net/2014/01/garis-panduan-membuka-akaun-cds-dan.html
- Memulakan portfolio pelaburan saham
- http://www.faizalyusup.net/2014/08/keuntungan-konsisten-di-bursa-malaysia.html
- Membaik pulih portfolio saham
- http://www.faizalyusup.net/2014/05/perkhidmatan-membaik-pulih-portfolio.html
- Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
- http://www.faizalyusup.net/2012/12/ebook-super-investor-ipo-miti-tulisan-fy.html
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
LIKE Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.