30 Mac 2011

Faizal Yusup yang sedang sibuk...

Assalamualaikum...

Semenjak dilantik menjadi Exco Persatuan Remisier Bumiputera (PRIBUMI) ini FY begitu sibuk hingga tak punya banyak masa untuk menulis. Input yang datang kebelakangan ini nampaknya lebih cepat kalau dibandingkan dengan kecepatan saya untuk menukilkannnya.

Entah kenapa Allah Taala memilih FY untuk duduk dan menyumbang ke dalam persatuan ini FY pun tak tahu tapi apa yang FY tahu ialah untuk melakukannya dengan sebaiknya akan amanah yang telah dikurniakan Allah ini.

Semenjak itu juga FY dapat bertemu dengan Dato' Mustapha Mohamed semasa bersama Road Show MITI di Kota Bharu, Dato' Mukhriz Mahathir semasa dia melancarkan Edagang SME Bank juga Dato' Ibrahim Ali orang kuat PERKASA dalam konvensyen transformasi ekonomi yang dianjurkan PERKASA.

Kemudian FY dijemput masuk dalam meeting bersama pihak MOF, Bursa Malaysia dan SC bagi membincangkan mengenai Relaxation of 30% Bumi quota dalam industri pasaran modal dan seterusnya membantu menjalankan bengkel bagi Junior Remisiers dan Dealers semasa Kongres PRIBUMI tempohari.

Siang tadi pula FY sekali lagi berada di MITI kerana menghadiri mensyuarat bagi menggerakkan BAC atau Business Advisory Centre yang bakal menjadi one stop centre buat para usahawan menyelesaikan sebarang masalah yang mereka hadapi.

Banyak yang dapat FY pelajari dari semua ini dan FY harap FY dapat menyumbang dengan sebaiknya dalam apa juga tugas yang diamanahkan kepada FY demi bangsa, ugama dan negara kerana Allah Taala.

Sekian dulu..

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.