Artikel ditulis pada 16 Mac 2011
Pasaran saham sifatnya sepeti orang tua yang begitu sensitif. Pantang ada yang tak kena maka merudumlah ia. Ia bergantung kepada sentimen semasa. Pasaran saham sebenarnya merupakan petunjuk ekonomi sesebuah negara lebih kurang 6 bulan ke depan. Ini kerana pasaran saham akan bertindak terlebih dahulu sebelum sesuatu sentimen itu menjadi kenyataan kepada syarikat yang terlibat. Contohnya, bila dunia dikejutkan dengan pelbagai wabak H1N1, SARS, Bird Flu dan sebagainya maka harga saham-saham berkaitan getah yang mengeluarkan sarung tangan dan pelbagai alatan perubatan yang lain akan meningkat naik. Namun demikian kenaikan perolehan mereka akan hanya kelihatan 6 bulan yang akan datang.
Jadi sentimen seperti Masalah Sub Prime, Inflasi, Kenaikan nilai matawang, Overheating, Politik, Pemberontakan, Kenaikan harga minyak, bencana alam seperti Tsunami dan gempa bumi dan sebagainya akan menyebabkan gangguan kepada pasaran saham lantas menyebabkan ia jatuh.
Dewasa ini di negara ini sentimen yang menyebabkan penurunan pasaran saham ialah ;
Namura Research mejangkakan yang harga minyak mungkin akan naik ke tahap USD220.00. Kenaikan harga minyak akan menyebabkan semua industri dan syarikat terjejas dan ia akan membawa kepada kenaikan harga barang-barang yang lain. Setakat ini kerajaan masih menahan kenaikannya dengan menambah subsidi minyak dari RM10 Billion kepada RM14 Billion bagi mengekang inflasi di negara ini.
Tsunami, Bencana Alam dan pergolakan di Asia Tengah.
Semua ini menyebabkan ketidak tentuan pada pasaran kerana juga menjadi penyebab kepada kenaikan harga minyak mentah. Ia juga secara tidak langsung mengganggu pemulihan ekonomi yang sedang berlangsung.
Kenaikan nilai matawang.
Tiada ulasan:
Catat Komen
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.