03 Mac 2011

KESEIMBANGAN DAN DUGAAN KESIHATAN


Semasa di hospital, terdapat banyak kes yang boleh dilihat maka FY tak mahu melepaskan peluang untuk bertanya demi untuk membuat kajian dan mengambil sedikit iktibar dari apa yang mereka jalani.

Seorang pakcik lingkungan umur pencen yang menghidap penyakit kencing manis mengatakan yang dia hantu pulut dan boleh makan sebatang lemang sekali hadap dan seorang pemuda bujang berumur 30 tahun juga menghadapi masalah kencing manis kerana telah mula minum lebih kurang 10 gelas air manis sehari semenjak di bangku sekolah rendah. Kini dia terpaksa menyuntik insulin dalam tubuhnya kerana organ pankreasnya yang sudah bermasalah.

Kalau difikirkan dalam hal penyakit ini juga pada saya ada ukurannya. In kerana Allah ada mengatakan yang Dia menjadikan sesuatu itu dengan ukuran yang tertentu. Kalau kita makan dan minum benda yang manis terlalu banyak dan berterusan untuk satu jangkamasa yang panjang maka saya yakin penyakit kencing manis akan datang hinggap.

Kalau kita makan makanan daging, telur, berminyak dan sebagainya pula kita akan dihinggapi dengan masalah kolesteral dan seterusnya meningkatkan tekanan darah lantas menyebabkan kita dihinggapi masalah darah tinggi dan jantung. Sebenarnya satu serving makanan kita yang disarankan para doktor sebenanya kecil tapi bila kita makan nasi dan lauknya menggunung di dalam pinggan kemudian siap boleh tambah lagi 2-3 kali.

Sunnah Rasullullah SAW dalam hal ini ialah untuk makan bila perlu, makan hanya dengan satu lauk, makan sebelum mahgrib kecuali di bulan Ramadhan, makan 1/3 isi, 1/3 air dan 1/3 lagi udara. Berhenti sebelum kenyang, makan dengan 3 jari, makan dengan mengunyah 40 kali supaya makanan senang hadam, makan dengan cara duduk yang melipat perut agar tidak diisi terlalu banyak, makan berjemaah, berpuasa sunat dan sebagainya. Namun tak satupun yang kita ikuti agaknya kecuali membaca doa makan.

Mana taknya kita makan tak kira masa hinggakan masa nak tidurpun kita masih mahu keluar ke kedai mamak untuk supper. Makan dengan mencampurkan pelbagai lauk, makan hingga kenyang kalau boleh nak isi ke buku lali. Jarang nak berpuasa kecuali di bulan Ramadhan malah dalam bulan Ramadhan pun ramai yang ponteng puasa. Kemudian semua kalori itu pula tak keluar kerana kita jarang bersenam hanya duduk di depan komputer saban hari tak seperti datuk nenek moyang kita yang bekerja kuat secara fizikal mengeluarkan titik peluhnya saban hari.

Akhirnya apa terjadi? Anda pun tahu jawapannya. Ke hospitallah jawabnya. Sebab dah makan dalam ukuran yang berlebihan. Kalau di awal kehidupan kita boleh makan dengan banyaknya namun demikian di penghujung kehidupan kita terlantar tak boleh nak makan lagi, kena pantang itu dan ini.

Apapun fikir-fikirkanlah...

Saya Faizal Yusup mengundur diri..

Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.