02 Mac 2011

FAIZAL YUSUP SAKIT JANTUNG?


Buat pertama kalinya sejak 41 tahun hidup di muka bumi ini FY dimasukkan ke dalam wad. Selalunya FY yang pergi menziarah saudara mara dan rakan taulan dan kali ini sebaliknya berlaku dan ia adalah satu pengalaman yang berbeza.

Apapun mungkin anda tak tahu sebab kenapa FY di masukkan ke dalam wad. Sebabnya FY ada masalah JANTUNG... Organ utama dalam tubuh seseorang manusia!

Malam Sabtu lepas entah kenapa selepas makan malam ayam golek dara, tiba-tiba dada terasa sakit dan jatung itu berdentum dentam tak menentu. Kepala terasa pening dan sukar untuk berdiri kerana badan terasa lemah. Selepas menelefon seorang kenalan doktor, dia menyarankan FY pergi ke hospital.

Setibanya di hospital terus dimasukkan ke unit rawatan kritikal kerana doktor mengandaikan FY diserang STROKE dan seterusnya ditahan di wad untuk rawatan lanjut.

Apapun mereka berjaya menstabilkan degupan jantung FY dan pemeriksaan seterusnya tidak menemui apa-apa masalah.

Tekanan darah – normal,
Echo – normal
Gula – normal
Kolesteral – normal dan begitu jugalah seterusnya.

Akhirnya mereka membuat keputusan yang ianya hanyalah merupakan SATU episod. Satu episod yang tak dapat dipastikan lagi sebabnya, satu episod yang mungkin akan membawa kepada episod-episod yang seterusnya. Pun begitu FY harap ia akan dapat dielakkan. Apapun 3 temujanji yang akan datang mungkin akan dapat mengenalpasti puncanya.

Berikut adalah jawapan FY kepada soalan doktor...

Ada cirit birit?
Tak ada
Ada muntah?
Tak ada
Ada rasa nak pitam / pengsan?
Tak ada
Ada pening kepala?
Ada, sedikit
Ada merokok?
Dah lama berhenti?
Ada minum
Tak ada
Ada ambil apa-apa supplement?
Tak ada
Ada ambil ubat tradisional?
Tak ada
Ada bersenam?
Ada

Apapun pada FY ini adalah “calling” dari Allah Taala untuk mengingatkan FY tentang banyak perkara antaranya ;

·         Banyakkan amalan
·         Berpuasa
·         Kurangkan makan
·         Banyakkan bersenam
·         Lebihkan rehat

Dan lain-lain lagi. Yelah apa yang penting ialah untuk kita mengambil iktibar atas semua peristiwa dan dugaan yang menimpa diri kita.

Apapun terus terang FY rasa masih terlalu awal untuk pergi kerana pada FY masih banyak yang perlu disampaikan, masih banyak yang perlu dilakukan dan masih banyak matlamat yang hendak dicapai namun ini semua ketentuan Allah Taala. Kalau masanya telah tiba maka tidak sesaat yang mampu ditambah mahupun mampu dikurangi.

Apapun ketentuannya FY redha.

“Perumpamaan seorang mukmin ialah seakan seekor unta yang patuh. Kalau disuruh duduk maka dia akan duduk.”

Sekian dulu buat kali ini. FY mengundur diri.

Kepada pengunjung blog ini dan mereka yang dijodohkan Allah dengan artikel ini, doakan FY sihat ye... Terima kasih saya amat menghargai doa kalian. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

www.faizalyusup.com

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.