21 Mac 2011

Apa itu Saham / Stok / Ekuiti?


Ekuiti adalah saham-saham yang diterbitkan oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan juga saham-saham yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia.

Apabila kita membeli stok atau saham biasa, kita sebenarnya MEMILIKI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARIKAT tersebut dan berhak mengundi dalam mesyuarat agung. Setiap saham adalah pegangan kecil hak milik sesebuah syarikat dan kita boleh membeli sejumlah kecil atau sejumlah besar lot saham bergantung kepada wang yang kita miliki. Sebagai pemegang saham, kita akan menerima faedah daripada keuntungan yang diperolehi syarikat dalam bentuk dividen yang dibayar dan juga daripada kenaikan harganya di pasaran saham.

Syarikat menerbitkan saham untuk memperoleh dana bagi meneruskan operasi dan mengembangkan perniagaan tanpa perlu membuat pinjaman daripada lain-lain sumber seperti pinjaman daripada bank perdagangan (pinjaman ini boleh meningkatkan risiko kewangan syarikat).

Kita perlu menyedari bahawa pembelian saham mempunyai risiko tertentu, Contohnya, apabila prestasi syarikat merosot, harga saham syarikat mungkin akan jatuh dan kita mungkin tidak akan menerima sebarang dividen. Terdapat juga fakto-faktor lain yang mungkin mempengaruhi harga saham kita, umpamanya prestasi pasaran saham secara keseluhuan dan keadaan ekonomi Negara. Ada juga kemungkinan kita kehilangan semua wang pelaburan jika syarikat menutup perniagaannya. Selain daripada itu, terdapat juga saham yang sukar dijual kerana kekurangan permintaan. Oleh itu, amat penting bagi pelabur untuk membuat pilihan yang bijak dan tepat ketika hendak membuat pelaburan.

Penasihat kewangan biasanya mengesyorkan saham sebagai sebahagian daripada portfolio pelaburan. Tujuan utama berurus niaga saham sudah tentulah untuk mendapatkan keuntungan dengan membeli pada harga rendah dan menjual pada harga yang tinggi. Bagi para pelabur jangka panjang, memilih saham berdasarkan faktor-faktor asas syarikat adalah amat penting, yakni mereka harus mengetahui latar belakang syarikat yang bakal dilaburkan. Oleh itu, amat penting kita membaca dan memahami prospecktus, laporan kewangan dan pengumuman korporat yang diedarkan oleh syarikat-syarikat tersenarai kepada pemegang saham dan orang awam.

Ketika membuat pilihan untuk membeli saham, kita seharusnya meneliti beberapa faktor seperti latar belakang syarikat dan pengurusannya, kekuatan kewangan syarikat, nisbah harga perolehan dan hasil dividen, prospek pertumbuhan perolehan dan kebolehan syarikat untuk bersaing. Pelabur yang bijak akan meneliti faktor-faktor tersebut sebelum melaburkan wang kerana ia boleh mempengaruhi harga saham.

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Link perkhidmatan kami ;
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.