22 April 2011

Novel Trilogi Man Rempit dan Cinta Komuter Tulisan Faizal Yusup Sudah Terbit

Ahamdulillah FY bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpah kurnianya buku novel remaja pertama hasil tulisan FY yang berjudul Man Rempit 1, II dan III juga Cinta Komuter telah diterbitkan. Ia diterbitkan oleh syarikat Infodidik Publications Sdn Bhd dan akan berada mula dipasarkan di Pesta Buku yang sedang berlangsung di PWTC bermula 22 April ini.

Keempat-empat buku itu berharga di bawah RM10.00 dan percayalah sekiranya anda membelinya anda tidak akan rugi kerana kisah yang ada di dalamnya bernilai lebih jauh dari itu. Itu FY percaya. Trilogi Man Rempit adalah buku novel yang bakal memberi semangat untuk menuju kejayaan.  Kalau di Jepun kisah Initial D, kisah Naruto dan sebagainya banyak memberi semangat kepada rakyatnya maka harapan FY novel Man Rempit ini juga bakal dapat melakukan perkara yang sama. Dalam pada itu Novel Cinta Komuter pula mengisahkan kisah cinta dua insan yang termetri di dalam Komuter.

Apapun FY akan berada di Booth Infodidik InsyaAllah pada hari Sabtu dan Ahad (30 April dan 1 Mei) minggu depan kalau tak ada aral yang melintang dan sekiranya anda ke sana carilah FY dan jangan lupa membeli buku novel ini. FY pasti tidak keberatan untuk menandatanganinya sebagai cenderahati.

FY harap anda semua dapat menyokong penulis tempatan seperti FY ini secara khususnya dengan membeli buku-buku ini dan  menyokong industri buku secara keseluruhannya. Semoga sokongan ini akan membawa kita lebih jauh ke depan.

PS - Kalau ada sesiapa yang kenal dengan Ahmad Idham atau Producer Filem, yang lain, kenalkanlah dengan FY, FY nak ketengahkan kisah Inspirasi Man Rempit ini. FY percaya kisahnya boleh membawa manfaat...

Sekian dulu. FY minta diri.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.