FASA KEDUA PELABUR ZERO
Anda nak melabur saham di Bursa Malaysia. Anda ada modal, anda sudahpun membuka
akaun CDS dan Trading ( dengan FY di Kenanga). Anda tak tahu apa yang perlu
anda lakukan seterusnya. Mana nak cari ilmu? Macamana jadi trader, investor,
scalper atau apa?
Saranan FY buat permulaan jadilah pelabur saham IPO. Ini kerana saham IPO berisiko rendah namun demikian pulangannya tinggi.
Dalam fasa kedua ini anda cubalah memohon saham IPO melalui platform online Kentrade atau platform online seperti Maybank2u dan lain-lain.
Kalau anda tak tahu anda cuma perlu layari YouTube channel Faizal Yusup cari tajuk - Garispanduan Memohon Saham IPO
atau
Semasa berada di hadapan komputer hubungi sahaja staf FY, En Ramzi 0173730513 atau En Jehan 0126673927. Mereka akan membantu anda step by step bagaimana untuk memohonnya dengan syarat anda merupakan pelabur pelanggan FY di Kenanga Investment Bank Berhad.
FY sarankan anda memulakan penglibatan pelaburan IPO ini kerana beberapa
sebab antaranya ;
Ø Pelaburan saham IPO berisiko rendah tapi pulangannya tinggi. 6 IPO yang
telah disenaraikan tahun ini semuanya naik dan menguntungkan malah ada yang
naik lebih 300%!!!!
Ø Dewasa ini ada banyak saham IPO yang ditawarkan kepada pelabur seperti
anda.
Ø Anda boleh belajar proses lengkap jual beli saham untuk memahaminya.
Ø Keuntungan dari IPO ini akan menyebabkan anda lebih berani untuk ke fasa
seterusnya melabur atau berdagang terus dalam pasaran terbuka.
FASA 3 dan seterusnya - Untuk jadi Investor, Trader dan lain-lain kita cerita kemudian kerana ia lebih sukar dan perlukan ilmu yang mendalam. Nak senang jemputlah datang seminar FZTH yang mana perkongsiannya serba lengkap lagi menyeluruh. Layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.
Follow.
Like. Subscribe dan Share andai bermanfaat.
Sekian
dulu,
Terima
kasih.
Haji
Faizal Yusup @ FY
“Haji
Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank
Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker
InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”
“Seminar
Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia
untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30
tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”
Layari
www.seminarsaham.my untuk keterangan
lanjut.
#seminarfzth
#faizalyusup



Tiada ulasan:
Catat Ulasan