01 Mac 2010

Perihal Kursus Motivasi



Saya yakin anda pernah pergi kursus motivasi, tazkirah, ceramah ugama, seminar, kursus bina insan, membaca artikel motivasi dan sebagainya. Dalam kursus selama seminggu itu contohnya anda perlu menjalani pelbagai permainan individu mahupun berkumpulan, pelbaga pengisian, kena masuk hutan, kena jalan dalam malam yang gelap gelita dan sebagainya. Kemudian fasililator pun memberikan pengisian refektif yang tersirat bagi menerangkan kenapa sesuatu acara itu dijalankan sedemikian rupa.

Katanya ia bertujuan untuk teamwork, keberanian, keyakinan, kesungguhan, kreativiti, tersusun, kesatuan, persamaan dan sebagainya. Apa yang paling penting ialah untuk peserta iaitu anda kembali ke tempat kerja, kembali ke sekolah dan sebagainya dan melakukan perubahan dalam diri.

Maka baliklah para peserta dengan hati yang berkobar-kobar untuk melakukan perubahan itu. Minggu pertama kita ikut semua yang disarankan dalam kursus itu, minggu kedua ia menjadi semain pudar dan masuk minggu ketiga kita kembali dengan sifat dan sikap kita yang asal.

Kenapa begitu?

Biar saya terangkan.

Sebenarnya analogi, metafora, contoh, acara, permainan, peristiwa, kejadian dan sebagainya memang tugasnya untuk berkhidmat kepada manusia. Disamping itu juga ia sebenarnya tak boleh bawa manfaat dan mudarat tanpa izin Allah. (Akan saya jelaskan dalam artikel yang lain nanti.)

Apapun ia terpulang kepada kita untuk mengambil iktibar dari semua ini. Tak guna kalau kalau kita baca sejuta artikel, sejuta buku, menghadiri sejuta kursus motivasi sekalipun kalau kita tak mengambil iktibar dari mana-mana diantaranya. Kita tetap akan jadi orang yang sama. Orang yang tiada perubahan.

Jadi bagaimana pula untuk melakukan perubahan itu dan kekal berada di dalam perubahan lantas menjadikan anda orang yang baru?

Perubahan adalah satu proses dan ia mengambil masa. Seperti yang sering saya ulangi perubahan akan berlaku dan anda akan dapat menukar tabiat kebiasaan anda dengan kaedah mudah 4P iaitu,

1.   Pengisian atau Input
Katalah inputnya bekerjasama
2.   Pengulangan
Ulang-ulang melakukan tindakan bekerjasama
3.   Pengukuhan
Baca buku, cari mentor, ambil iktibar dari kebaikan bekerjasama
4.   Penerapan
Lambat laun ia akan menjadi tabiat anda.

Bak kata orang tua ia perlu dilakukan secara berterusan selama 40 hari, dalam Islam ia dinamakan istiqamah. Atas sebab inilah kebanyakan kursus di negara Barat dijalankan selama paling kurang 3 bulan bagi memasukkan sesuatu program ke dalam diri pekerjanya.

Jadi, bila balik dari sesuatu program motivasi laksanakanlah konsep 4P ini dengan harapan perubahan akan berlaku dalam diri anda.

Berminat untuk menyertai kursus motivasi Anda Yang Baru kelolaan saya? E-mel lah!

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.