11 Mac 2010

Warkah Dari Seberang



Assalamu’alaikum saudara Faizal,

Terima kasih atas artikel "Anda Ada Masalah Rumahtangga? itu

Untuk makluman saudara, saya telah bercerai pada 11/12/09 yang lepas. Kalau dikira esok genap 3 bulan saya bercerai. Dan kami dikurniakan 2 orang pasangan kembar perempuan yang kini dalam penjagaan tetap bekas isteri.

Di awal penceraian, memang amat payah untuk saya menerima hakikatnya. Puncanya hanya satu, kurang persefahaman. Berapa kali turun naik ke Jabatan Agama Islam untuk sesi kaunseling. Dan akhirnya, penceraianlah cara terbaik untuk menyelesaikan konflik. Sebelum itu, saya memang pun sudah tahu yang bekas isteri ada mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki yang masih bujang.

Untuk apa saya nak kekalkan hubungan tersebut kalau sudah tiada erti kasih sayang dalam hubungan suami isteri. Saya juga tidak menafikan yang saya tidak menjaga solat lima waktu. Ikut mood juga. Hati dan perasaan juga bercampur baur, gelisah risau dan sebagainya. Apatah lagi dengan bekas isteri yang boleh dihitung dengan bilangan jari masanya untuk bersolat.

Mungkin ada hikmah disebaliknya. Saya kini, Alhamdulillah begitu tekun dan taat menjaga solat 5 waktu. Kalau terlepas atau tertinggal, memang rasa bersalah dan takut sekali. Selain itu, saya juga mengerjakan solat sunat yang lain secara beristiqamah, Dhuha, Hajat, Tahajud. Dan tak lupa juga amalan berzikir, berselawat. Hati saya begitu tenang apabila mendekatkan diri dengan NYA.

Terima kasih atas artikel tersebut. Begitu menginsafkan saya dan Insya-Allah saya akan terus memperbaiki diri saya sendiri..:)

Apapun saya memang meminati blog dan karya-karya saudara. Banyak pengajaran yang dapat saya perolehi.

Memang tepat sekali, apa yang saudara katakan dalam artikel tersebut. Kembalilah ke jalan Allah. Silalah, gunakan surat saya  untuk kegunaan org ramai. Saya izinkan.

Teruskan perjuangan saudara untuk berkarya. Saya sentiasa menyokong perjuangan saudara untuk kepentingan bangsa, agama dan negara..

Insya-Allah...

Salam dari Kuching, Sarawak..


Analisis Kes

Alhamdullillah, kes di atas sedikit sebanyak menunjukkan dan membuktikan kebenaran artikel yang bertajuk “Anda Ada Masalah Rumahtangga?” itu. Terus terang saya katakan yang kebanyakan kaunselor dan motivator yang ada di negara ini jarang memandangnya dari sudut pandang yang saya sampaikan ini. Sudut pandang perbezaan antara orang dunia dan orang akhirat dan bila saya menghantar tulisan sebegini kepada pihak penerbitan mereka menolaknya atas sebab-sebab tertentu.

Apapun saya yakin pandangan dari perspektif yang dipaparkan dalam blog ini agak unik dan ganjil namun ia jelas menerangkan keadaan seseorang itu dalam apa juga dugaan yang mereka hadapi. Saya tahu ia bukan pandangan dari sudut kebiasaan arus akademik dan kajian sekular mungkin itu sebabnya ia ditolak. Sesuatu perubahan takkan berlaku tanpa pembaharuan dan hakikatnya ramai takut pada pembaharuan. Takut sebenarnya kerana mereka tidak memahaminya.

Sudut pandang ini juga begitu sakit diterima oleh orang-orang tertutup hatinya. Mereka akan menolaknya dan tak percaya apa yang diperkatakan ini satu kebenaran. Kebenaran takkan masuk dalam hati yang ego dan tertutup. Apapun saya tak peduli. Mengangkat hukum Allah biarpun dimarah manusia adalah lebih baik dari mengangkat hukum manusia tetapi dimurkai Allah Taala.

Nak marah pun marahlah. Banyak blog lain yang anda boleh pergi untuk mencari makanan nafsu. Lambat laun saya yakin anda akan faham andai Allah mengizinkanNya.

Jauh pulak celoteh saya. Kembali kepada kes ini. Sesuatu dugaan memang dijadikan Allah bagi tujuan menguji keimanan dan ini jelas dugaan ini menjadikan saudara penulis kembali ke jalan Allah. Dari jalan yang gelap kepada jalan yang terang. Pintu hatinya mula terbuka dan ini hakikatnya lebih bernilai dari emas dan perak. Pembukaan pintu hati ini menyebabkan saudara sahabat saya ini mula nampak yang tersirat sesuatu yang terlindung dari hijab matanya dahulu dan atas sebab itulah hatinya membawanya kemari. Mencari makanan rohani dan akal dengan harapan ia akan mengukuhkan keimanan. InsyaAllah.

Saya...

Saya hanyalah posmen biasa naik basikal menghantar surat. Menyampaikan berita-berita gembira. Ia datang dari Allah lantas kepada Allah ia dipulangkan kembali. Yang baik dari Allah dan yang tak baik adalah atas kesalahan diri saya sendiri. Saya juga manusia biasa yang serba tak sempurna sama seperti anda semua pembaca yang saya muliakan, tak lari dari melakukan kesilapan dalam menjalani kehidupan.

Dan surat yang saya paparkan ini bagi saya adalah hadiah dari Allah Taala agar saya bersyukur dan meneruskan karya-karya bisu ini.

Apapun saya sungguh terharu dalam kesyukuran yang mendalam ke hadrat Allah Taala...

Sekian. Wassalam.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.