26 Mac 2010

Pokcik Kayo - Kisah di Hotel



Oleh kerana Ramli baru berkahwin dan akan berbulan madu maka dia mengambil keputusan untuk meninggalkan bapanya di Hotel Istana. Lagipun bapanya tak pernah duduk di hotel.

Setelah mendaftar, Ramli membawa bapanya menuju ke lif untuk ke bilik di tingkat lima. Pokcik Kayo pula macam rusa masuk kampung memandang keliling.

Di depan lif,

“Wah! Macam silap mata benda ni. Tutup orang lain. Buka balik orang lain pulak. Kejap tukar orang, kejap tukar orang.”

“Jom abah..” Ajak Ramli seraya melangkah menaiki lif tersebut.

“Tak mahulah, nanti bertukar jadi orang lain”. Katanya ketakutan.

Setelah diterangkan dengan panjang lebar oleh anaknya maka Pokcik pun masuk.

Tiba di tingkat 5,

“Wah ni lagi magik, tadi kat tempat lain, la ni kat tempat lain pulak..” katanya selamba.

Pokcik Kayo - Kisah Pesan Makanan

Setelah masuk ke dalam bilik suite yang mahal, Ramli anaknya menerangkan kepadanya akan bagaimana untuk memesan makanan dari bilik hotel tersebut.

        “ Kalau abah lapar nanti abah tekan punat kat kepala katil ni. Lepas abah pesanlah apa sahaja yang abah nak. Nanti diorang hantarkan. ” ujar Ramli kepada bapanya itu.

        “ Okay, abah berehatlah dulu di sini, saya dah nak balik, minggu depan saya akan ambil abah. ”

        Maka berehatlah Pokcik Kayo terbaring atas katil King Size yang begitu besar sampai terlelap.

Ting tong!

“Den nak order roti canai dua, kuah dal, telur setengah masak 2 biji, teh tarik satu.”

Tak lama kemudian datanglah bellboy mengetuk bilik tersebut.

“Pakcik nak order apa-apa?” Tanya bellboy itu.

“Tak apa nak, Pokcik dah order dah.” Jawab Pokcik Kayo.

Bellboy itu pun berlalu.

Setengah jam berlalu. Makan yang dipesan masih belum tiba.

Pokcik menekan punat itu sekali lagi.

Ting tong!

“Kenapa lambat sangat. Perut den dah lapar ni.” Katanya pada punat tersebut.
“Den nak tambah order.. Tadi den pesan roti canai dua, kuah dal, telur setengah masak 2 biji, teh tarik satu lepas tu tambah dengan nasi kandar kambing dengan popodum sekali. Dah tengahahri dan ni. Ok?”

Sekali lagi kedengaran budak bellboy itu mengetuk pintu biliknya.

“Ya pakcik. Pakcik nak order apa-apa?”

“Tak apa nak, kan Pokcik dah cakap tadi, pokcik dah order dah. ” Kata pokcik bangga dapat buat order pada punat dalam bilik tersebut.

Lagi sejam berlalu. Perut Pokcik Kayo sudah berkeroncong. Terlalu lapar. Hatinya mula panas. Dia menarik nafas kuat-kuat dan panjang-panjang dengan harapan penghawa dingin bilik itu dapat menyejukkan hatinya. Namun tidak berjaya. Dengan perasaan geram Pokcik Kayo menekan punat sekali lagi.

Ting tong! Ting tong! Ting tong!

“Den nak kansel order. Lambat sangat! Baik den order kat budak tu tadi.”

Sekali lagu budak bellboy itu datang mengetuk pintu biliknya.

“Saya tahu pakcik, pakcik nak berlagak dengan saya cakap pakcik dah order kan?”

“Ehhhh... tak! Pokcik dan kansel order. Pokcik nak order dengan kamu.” Katanya perlahan.

“Okay, pakcik nak order apa?”

Akhirnya pokcik kayo pun memesan makanan dengan budak bellboy itu dan mendapat makanannya.

Bersambung...

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.