31 Mac 2010

Puasa Duit



Zaman di universiti biasiswa RM300 sebulan cukup-cukuplah, dulu masa bekerja jadi lecturer gaji RM1,900 cukup-cukuplah jugak. Sometime I wonder, can i go back and live the previous lifestyle with my current earning? Why don't i just stay with my current lifestyle eventhough my earning is growing in the future? What make me feel the money never enough? Is that because of outside factors? or....it just me. Maybe in the next 5-10 years, I'm not going to buy another car, or buy bigger house and eat more healthy food cooked by my wife instead of some posh restaurant outside and spend for local holiday instead of another Europe trip.


Puasa? Apa itu puasa? Sesuatu yang kita tidak ambil walaupun ia halal dan berada di hadapan mata. Selain food... mungkin juga applicable kalau kita ada duit yang halal dari hasil titik peluh sendiri, tetapi kita tidak gunakannya untuk membeli KEINGINAN kita tetapi hanya kepada KEPERLUAN sahaja. Dalam kata lain, menahan diri dari menggunakan sesuatu yang kita punya dan kita ada. Itu lebih susah nak buat daripada orang yang tidak membeli disebabkan tiada duit.

Minggu lepas, seseorang berbicara dengan saya mengatakan saya bertuah saya boleh bercuti ke luar negara setiap tahun bersama keluarga dan menyalahkan diri beliau sendiri kerana ketidakmampuannya berbuat demikian, tetapi saya jeling pada beg tangan LV nya yang saya anggarkan bernilai tidak kurang RM5,000. Lalu saya katakan kepadanya, beg tangan isteri saya berharga RM50 dan sudah 1 tahun dipakai. Ada beza RM4950 dari beg tangan awak, sebab itu kami mampu untuk sesuatu yang lain.

Kadangkala saya terfikir, semasa saya membeli segala KEHENDAK saya, ada orang-orang yang menahan diri dari meminta-minta yang ada haknya dalam pendapatan saya.


Perkataan "PUASA" pada masa ini selain dari berpuasa pada bulan puasa, ia juga memberi persepsi yang berlainan tentang pengurusan EKONOMI. Sekiranya kehendak tidak kita manjakan, pasti keperluan akan terjaga dan simpanan untuk masa-masa sukar akan bertambah dan barulah boleh dizakatkan. Baru terasa mengapa dalam rukun Islam, puasa disebutkan dahulu barulah dapat berzakat. Kalau tak puasa, apa lagi yang tinggal untuk dizakatkan kepada orang-orang yang menahan diri dari meminta?

Dipetik dari blog seorang sahabat bernama Saiful Nang.

Fikir-fikirkanlah..

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.