24 Mac 2010

Konflik Cinta - Bab 2 Bah 2


Setiap insan ada rahsianya. Apa rahsia anda?
NOVEL BERSIRI - KONFLIK CINTA
Bab 2 Bahagian 2

Dia bingkas bangun  menuju ke arah pintu apartmen tersebut lantas aku mengekorinya dari belakang. Zila berserta mereka yang lainnya masih lagi menumpukan perhatian terhadap kami. Mungkin pada sangkaan mereka drama penuh emosi sepasang kekasih sedang terungkai.

Dia berjalan terus menuju ke arah tangga dan berhenti di ruang legar tangga tersebut menanti kehadiranku.

“ Hah! Ceritalah. ”

“ Manlah masalahnya. ”

“ Apa kena mengena dengan Man pulak ni? ”

“ Semenjak Zila datang, Man jarang habiskan masa dengan Wati, Man asyik dengan Zila. Terus terang Wati jealous Man. ”

“ Laa. Kenapa pulak nak jealous. Kita kan kawan. Dengan Zila pun Man kawan jugak ”.

“ Tapi Wati yang kawan dengan Man dulu. ”

“ Yelah Wati, tapi dia baru sampai dan dia banyak perlukan pertolongan untuk menyesuaikan diri. Wati bukan tak tahu, Man kan suka tolong orang. ”

“ Man tolong dia lepas tu tak pedulikan Wati? ”

“ Man selalu tunggu Wati kat tempat biasa. Wati yang tak datang. Wati janganlah ikut sangat emosi tu. Macam budak kecil. Susah diri kita kalau kita tak dapat kawal emosi dengan akal. Tuhan bagi akal bertujuan untuk kita kuasai nafsu. Faham tak? ”

“ Selalu Wati ke Union, Zila ada dengan Man. Buat tension je. Entahlah. Yang Wati tahu Wati tak suka Man berbaik dengan Zila.”

“ Laa... Patutlah tak nampak muka Wati. Habis tu takkanlah Man nak kawan dengan Wati je, lepas tu tak boleh kawan dengan orang lain pulak? Mana logiknya Wati? ”

Gadis genit berbaju blaus biru, berseluar jeans itu tunduk termangu mendengarkan pernyataanku itu. Kolam airmatanya mula bertakung. Mungkin kebenaran kata-kataku itu merenggut kebenaran emosinya pada ketika itu.

XXXXXX

Pijar bahang panas di daerah ini masih terasa walaupun malam telah melabuhkan tirainya. Bulan menyuluh terang memperlihatkan kawasan sekitaran yang sunyi sepi malam itu. Sekali sekala kedengaran bunyi ranting-ranting pokok yang berlanggaran berbuai ditiup angin panas musim ini.

Memang menjadi lumrahku memerhatikan gerak geri alam semesta yang luas dan penuh misteri ini kerana bagi aku ia boleh memberikan ketenangan di jiwa pemerhatinya. Kalau difikirkan kita juga sebahagian dari alam semulajadi dan menjadi salah satu elemen yang menyeimbangkan alam ini.

Kami baru selesai mengadakan majlis kenduri doa selamat untuk Haziq yang menyambut ulang tahun hari lahirnya yang ke 20. Ramai juga siswa siswi pelajar Malaysia yang hadir. Pelajar dari Pakistan, Bosnia dan beberapa Mat Saleh kenalan kami juga hadir namun demikian kebanyakan mereka telahpun pulang. Masih terdapat beberapa orang lagi yang masih makan, melepak sambil bersembang, minum teh dan berkemas.

“ Man, jom kita naik ke bumbung? ” Ajak Zila yang mungkin sedari tadi perasan akan tingkahku memerhatikan kawasan di luar rumah melalui jendela di ruang tamu itu.


Aku mengangguk lantas bergerak mendahuluinya menaiki tangga menuju ke Attic di tingkat atas. Tingkapnya aku buka dan aku keluar lalu duduk di atas atap genting bumbung rumah yang tersergam ini diikuti Zila yang melabuhkan punggungnya betul-betul di sebelahku. Bau minyak wangi Escape Calvin Kliennya menusuk.

“ Apa kita nak buat kat sini? ” Sengaja aku bertanya.

“ Tak ada apa.. Saja ajak Man tengok bulan dan bintang. ”

“ Nak mengenang nasib ke? ”

“ Boleh juga, apa salahnya...”

Suasana sepi seketika. Zila mengeluarkan rokok dan lighter dari poket seluarnya dan mula merokok. Aku hanya memerhatikannya sedang asyik menyedut dan menghembuskan asap rokok.

“ Zila nak tanya satu soalan boleh? ” Tiba-tiba dia bersuara.

Shoot. ” Kataku.

Dia menyambung menyedut asap rokok yang sudah separuh jalan dan menghembuskan kepulan asap yang berkembang memenuhi ruang udara.

“ Zila nak tanya apa sebenarnya hubungan Man dengan Wati tu?”

“ Tak ada apa. Kawan je. Kenapa? ”

“ Kalau kawan kenapa dia nampak lain macam je bila dengan Man? ”

“ Entahlah. Mungkin dia anggap lain kot? Nanti senang Zila tanyalah kat dia. Man anggap dia sebagai kawan tapi kalau dia anggap lain tak tahulah. Dia tak pernah kata apa-apapun. ”

“ Zila malaslah nak tanya, nak ambil tahu pasal orang. Tak ada masa. ”

“ Ikut suka Zilalah. Man pulak nak tanya satu soalan boleh?.. ”

“ Apa dia? ”

“ Dulu masa kita mula-mula kenal, Zila pernah kata don’t judge a book by it’s cover. Apa maksud Zila? ”

“ Why do you ask?”

“ Man tanya sebab selama Man kenal Zila, Man rasa ada benda yang Zila selindungkan. Kekadang dari riak muka Zila Man nampak ada kesedihan. Lagipun Man pun selalu gunakan ayat tu. ”

“ Sebenarnya Zila pun nak tanya perkara yang serupa pada Man sebab Zila rasa Man ni misteri sikit. ”

“ Ye ke? Serupa pulak fikiran kita. ”

“ So siapa nak cerita dulu? ”

“ Zila ceritalah dulu. ”

“ Tapi ini semua rahsia tau. Zila tak suka cerita pada orang tapi Zila rasa dengan Man okay pulak. Tak tau kenapa. ”

“ Sebab Man hensem kot? ” Jawabku sambil menyeringai.

“ Yelah tu.. ” Balasnya sambil mencemikkan muka.

“ Zila pun tak tahu macam mana nak mula. Rasanya biarkah Zila mulakan semenjak dari kecil. Zila cuma dua beradik, Me dengan Nazlin. Walaupun boleh dikatakan kami orang berada tetapi kami punya banyak masalah. Ayah datang dari keturunan keluarga elit yang mempunyai bar sendiri di rumah sedangkan ibu pula merupakan orang kampung yang susah. Mereka dijodohkan atas pilihan keluarga.

Segalanya bermula bila pada satu hari tak semena-mena ibu meninggalkan kami tanpa pesan. Selepas kejadian itu ayah terus-terusan dengan araknya dan membawa perempuan balik rumah. Ayah kata ayah serik nak kahwin lagi semenjak bercerai dengan ibu. Dia langsung tak cari ibu kerana katanya ibunya merupakan orang yang tidak mengenang budi. Bila ayah mabuk maka teruk kami adik beradik kena pukul kalau ada yang tak kena. Kalau rumah bersepah sikit pun akan menjadi masalah besar bagi ayah. Pengasuh yang menjaga kami juga sering bertukar ganti kerana tak tahan dengan sikap ayah.

Keadaan ini menyebabkan kami membesar dalam keadaan yang memberontak. Fitrah kakak akan selalu melindungi adiknya. Oleh itu I’ll always protect Nazlin. Kalau ayah menghayun talipinggangnya kepada Nazlin, I will hug Nazlin and protect her. Maka talipinggang itu akan kena pada Zila but I’m satisfied. Semenjak itu bermulalah Zila melawan kata-kata ayah. Kalau ayah tak benarkan kami buat sesuatu itulah yang kami buat, dan begitulah sebaliknya. Keadaan ini menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk hinggakan kadang-kadang ayah merotan kami sehingga bengkak bengkik tetapi kami tak ada tempat nak mengadu. Dia juga pernah mengurung kami dalam setor yang gelap di bawah tangga rumah berhari-hari.

        Kesengsaraan ini akhirnya terhenti bila atuk dan nenek mengetahui hal sebenar. Ayah tak boleh menutupnya lagi bila nenek ternampak parut dan luka yang teruk at my back. Ayah berkeras tapi bila atuk kata yang dia mungkin menimbang kembali pemberian harta kepada ayah barulah dia mengalah. Lalu mereka mengambil kami dari ayah. Semenjak Zila bersekolah dalam tingkatan satu kami tinggal dengan mereka di kampung. Zila berumur 13 tahun dan Nazlin pula berumur 11 tahun masa tu.

Walaupun my PMR result teruk tetapi Zila dapat keputusan yang cemerlang semasa SPM sebab Zila dah berjanji akan berusaha menjadi orang berjaya walau bagaimana teruk keadaan sekalipun. Begitulah seterusnya hingga Zila dapat melanjutkan pelajaran ke sini selepas matrikulasi. The problem is lepas habis sekolah, in order to forget the sadness, I started smoking, berkawan dengan bebudak kelab dan disko, kemudian berjinak-jinak dengan arak dan entah apa lagi tapi drugs and sex  tak mainlah. Kalau tak ada duit mintak Atuklah. I would lie to atuk kata untuk beli buku atau bermacam alasan lain sampailah sekarang. ” Ceritanya dengan panjang lebar sesekali tersangkut menghela nafas. Walaupun demikian tiada air mata yang kelihatan.

Aku cuma berdiam diri hatiku sebak bukan hanya bersimpati dengan kisah Zila malah aku terkenangkan kisah silamku sendiri.

Bersambung...

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.