Sama seperti sebuah kereta yang perlu diservis dari masa ke semasa mahupun perlu dimasukkan ke dalam bengkel kerana kerosakan mahupun kemalangan maka manusia juga sama. Kadangkala kita perlu diservis dan diperbaiki bagi memastikan yang kita berada dalam keadaan yang baik.
Manusia juga perlu diservis dengan sesi keperluan asas makan minum, tidur, hiburan, seksual, sesi senaman, sesi urut mengurut, sesi bekam, sesi motivasi, sesi kaunseling, sesi berubat dan sebagainya kerana kadangkala manusia juga mengalami kerosakan dan kemalangan baik dari segi fizikal, mental dan spiritual.
Apapun permasalahan yang dihadapi manusia tak sama dengan dan lebih sukar untuk diperbaiki kalau dibandingkan dengan sebuah kereta.
Apapun saya ingin ucapkan ;
Selamat Datang ke Bengkel Baiki Insan!
Di sini sedikit sebanyak anda akan dibaiki! Kalau kereta hanya punya aspek fizikal untuk diperbaiki tetapi manusia ada beberapa iaitu elemen jasmani atau fizikal, rohani atau spiritual dan akal atau mental. Di sini tiada pembaikan dari segi fizikal kalau anda patah kaki contohnya kerana kalau anda datang ke sini kami tak sediakan ubat dan fisioterapi tapi kami ada beri semangat untuk anda meneruskan kehidupan. kalau anda patah hati, kami ada ubat untuk membaiki kepatahan dan kekecewaan itu. Begitu juga kalau anda hilang semangat kami berusaha untuk memberikan dos kaunseling dan motivasi bagi memberikan anda sedikit sokongan dan kekuatan. Kalau anda hilang arah dan punca, di sin kami akan cuba menyedarkan anda untuk kembali ke pangkal jalan agar jalan anda lebih baik dan diberkati. InsyaAllah.
Apa yang perlu anda lakukan ialah untuk membaca sebanyak mana artikel dalam blog ini, bacalah dengan hati yang terbuka dan rendah hati, ingatlah sifat ego akan hanya menutup kebenaran untuk masuk ke dalam hati. Kemudian cuba fahamkan pengisian yang ingin disampaikan, hayati dan laksanakan saranan-saranan yang diberikan. InsyaAllah perubahan akan bersama anda kelak. Percayalah sebenarnya kebanyakan pengisian di sini telah diuji dan didapati berkesan untuk membaiki insan.
Alhamdullillah, beberapa hari lepas saya menerima emel dari seorang lagi pembaca blog Faizal Yusup ini. Saya sebenarnya rasa sungguh terharu kerana dengan limpah kurniakanNya pembaca ini telah mendapat manfaat dari sini. Katanya kehidupan yang tunggang langgang telah berubah menjadi lebih teratur, katanya sekarang dia lebih tenang dan tahu arah tuju serta matlamat hidupnya, katanya dia juga dapat bangkit dari kesukaran yang dialaminya. Apapun semua ini kerja Allah dan blog ini merupakan perantaraNya.
Terus terang dia tidak mengenali saya dan saya pula tidak mengenalinya malah kami tidak pernah bertemu dan berbicara. Namun demikian blog bisu ini telah menjadi media penghubung yang baik. Terus terang hadiah sebegini secara tak langsung memberikan semangat dan kekuatan untuk saya berkarya dan terus berkarya.
Selalunya bila diri kita kemik dan cedera di hati, kalau kita bertemu dengan orang yang menyusahkan ia akan hanya menambah kepada kecederaan itu. Kalau kita lihat situasi yang membingitkan ia juga akan menambah tekanan. Pada masa ini kita mahu berdiam diri, menyorok dan tak berdaya untuk menangkis serangan. Kita mahu cari jalan memulihkan diri. Jadi percayalah anda telah berada di tempat yang betul. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membaca, menghayati dan melaksanakan saranan yang diberikan.
Sesungguhnya ketahuilah ilmu serta kesedaran itu sebenarnya ubat yang baik bagi hati.
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial
Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.
Terima kasih…
' style='padding: 0; border: none;'/>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.