13 Mac 2010

Konflik Cinta - Bab 2 Bah 1

Setiap insan ada rahsianya. Apa rahsia anda?
NOVEL BERSIRI - KONFLIK CINTA
Bab 2 Bahagian 1

“ Panaslah rasanya kat dalam tu. ” Ujarnya sambil menyandarkan dirinya di tepi dinding.

“ Ha’ah, ramai sangat orang kat dalam tu. So Zila berasal dari mana? ” Aku bertanya dengan harapan dapat memulakan perbualan.

“ Subang Jaya, U ? ”

“ Segamat, Johor. ” Ujarku.

“ Macamana penerbangan ke sini tadi?” Terpacul soalan dari mulutku walhal aku sebenarnya tak tahu apa yang hendak ditanya.

Hectic! memenatkan, macam-macam problem, flight delaylah, baggage salah letaklah, kena tahan imigresenlah macam-macam. Tension betul. ” Jelasnya.

Thinking about that, I need a smoke. ” Sambungnya selamba.

Terkejut aku seketika mendengar permintaannya itu kerana dalam hidup aku, aku jarang sekali bertemu dengan perempuan yang merokok.

Go ahead.. ” balasku dalam ragu.

Diapun mengeluarkan rokok berjenama Salem dengan lighter dari beg tangannya sambil menyuakan kotak rokok itu padaku,

Want one? ” Tanyanya sambil memetik lighter menyalakan rokok yang telah tersedia dimulutnya.

No thanks, I don’t smoke ”.

Senyap. Dia kelihatan tenang menikmati kepulan asap rokok yang keluar dari mulutnya.. 

U ni kuat gelakkan? ”  Aku cuba menyambung perbualan.

  We can’t judge a book by its cover,” Jawapan itu mempunyai seribu maksud tersirat.

Belum sempat aku bertanyakan lebih lanjut kedengaran bunyi tombol pintu dipulas dan daun pintu tersebut terbuka ditolak seseorang.  

“ Sini rupanya pakwe Wati pergi. ” Kata Wati memotong perbualan kami.

“ Banyaklah kau punya pakwe.. Zila, kenalkan ni Wati, budak Journalism, kawan baik aku. Kitorang datang sama-sama last semester. ” Aku cuba membetulkan keadaan.

“ Dah kenal kat dalam tadilah Man, Eh! Kau merokok Zila? Sedap ke? ” Soalnya pada Zila yang masih memegang rokok yang dah tinggal separuh.

“ Salem okaylah.. Kalau Dunhill tak bolehlah. Too strong.. ” Jelas Zila. 

“ Wati pernah cuba dulu, tak boleh tahanlah rasa nak muntah! ” Jelas Wati dengan mulutnya mencebik.

“ Wati tak pernah cerita kat Man pun? ”

“ Banyak yang sebenarnya Man tak tahu pasal Wati, Man... ”

Sekali lagi persoalan timbul dibenakku akan rahsia kedua-dua gadis di depanku ini.

“ Kalau Wati tak cerita manalah Man tahu... ”.

Sejurus selepas itu kamipun kembali ke dalam menyambung acara malam itu. Bagaimanapun dua persoalan, satu dari Zila dan satu lagi dari Wati bermain dibenakku namun aku biarkan sahaja ia di situ.

Malam itulah pertama kalinya aku berkenalan dengan seorang gadis ayu bernama Nurin Nazila Hairuddin yang bagiku penuh misteri. Mulai saat itu setiap hari yang berlalu merapatkan perhubungan kami. Kalau dahulu aku selalu menghabiskan masa dengan Wati selepas kuliah namun sekarang tidak lagi. Kehadiran Zila entah kenapa seakan menyebabkan Wati mula meminggirkan diri.

XXXXXX
Musim panas bulan Mei ini tahun ini agak sederhana. Dengan bantuan para senior Zila dapat menyewa sebuah apartment berempat dengan Anis, Rashidah dan Damia mahasiswi yang seangkatan dengannya. Apartment tersebut terletak berhampiran dengan banglo kami di jalan yang sama, sedangkan Taufik dan Ramzi pula tinggal di D Street kira-kira 1 kilometer jaraknya dari rumah kami.

Jadi kamipun sibuk membantu mereka berpindah ke rumah baru selepas sebulan mereka menumpang dengan para senior.

“ Man, boleh tolong bawa Zila pergi beli barang sikit? Zila nak beli hanger dan lain-lain. ” Kata Zila semasa aku membantu memindahkan kotak-kotak dari kereta ke dalam rumahnya.

“ Boleh je. ”

Petang itu aku membawa Zila ke pasaraya Target, K Mart dan Supersavers untuk membeli barang keperluannya. Mengetahui yang dia suka ketawa, aku pun menyakatnya, setiap kali aku buat melawak pasti dia akan ketawa sampai pecah perut.

Aku ceritakan kisah Haziq yang kelakar. Nebraska merupakan tempat yang mempunyai musim yang ekstrim, kalau musim panas haba musim panas dari Mexico akan naik ke atas dan kalau dalam musim sejuk pula hawa kesejukan dari Kanada pula akan turun ke sini. Pada satu hari di musim panas dengan kepanasan kira-kira 107 darjah Farendhiet Haziq balik dari kelas. Sampai ke rumah tak ada sesiapa di rumah dan dia tak ada kunci. Jadi untuk duduk di luar keadaan terlalu panas, maka dia pun berjalan-jalan ke kedai yang berhampiran. Hanya ada tiga kedai yang ada di situ. Maka diapun masuk dalam kedai yang pertama, 7-Eleven. Setelah berpusing-pusing agak lama dalam kedai itu dia pun beli air kerana penjaga kedai itu dah mula memandang dengan jelingan syak wasangka.

Di sebelah 7-Eleven ada restoran, jadi dia hanya melintasinya dan seterusnya kedai ketiga dan terakhir adalah sebuah kedai menjual binatang peliharaan. Haziq pun melangkah masuk.

Dia berpusing-pusing di dalamnya memerhatikan kucing, anjing, burung dan palbagai lagi binatang yang ada. Pekedai itupun bertanya padanya samaada dia boleh membantunya. Haziq kata dia ingin membeli binatang tapi dia tak tahu lagi apa binatang yang terbaik untuknya walhal sebenarnya dia hanya ingin mengambil masa di dalam kedai untuk mengelak kepanasan di luar.

Setelah sekian lama, dia keluar dengan satu bekas berisi seekor kura-kura di dalamnya. Katanya dia terpaksa beli sebab rasa malu dah lama sangat berada dalam kedai tersebut hanya untuk duduk di dalam air cond mengelakkan bahang panas di luar.

        Setelah tiba di rumah, satu rumah tergelak besar mendengar cerita Haziq kerana tak semena-mena ada seekor kura-kura berkeliaran di dalam rumah kami.

Zila ketawa besar mendengarkan ceritaku ini mungkin kerana teringatkan rupa Haziq dan sifatnya yang kelakar itu.

Setibanya di apartmen Zila setelah selesai membeli belah, Wati juga berada di situ di samping rakan serumahnya serta beberapa pelajar yang lain. Dia terus bangun dari tempatnya dan meluru duduk rapat di sebelahku yang baru sahaja melabuhkan punggung. Memandangkan aku tiada ruang lagi di atas sofa panjang itu maka aku tak dapat hendak berganjak. Setahu aku belum pernah dia duduk bersentuhan dengan aku begitu rapat. Mata-mata yang ada di sana tertumpu pada tingkahnya.

“ Eh! Wati, bila kau sampai? ”

“ Lama dah. Kau gi mana tadi? ” Soal Wati.

“ Aku teman si Zila ni pergi beli barang sikit. ”

“ Lama aku tak nampak kau. Kau pergi mana? Ingat dah selamat dah... ” Aku cuba mengusik.

Tiba-tiba matanya berkaca dan dengan pantas dia mengalihkan pandangannya. Tubuh badannya juga berganjak sedikit menjauhiku.

“ Wati, kenapa ni? Kau merajuk ke? Janganlah gitu. Aku bergurau jelah. Kau ada masalah ke? ”

“ Ada.. ”

“ Apa masalahnya? ”

“ Aku tak boleh nak cerita kat sini. Kita cerita kat luar boleh? ”

“ Okay. Jom. ”

Bersambung...

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.