17 Mac 2010

Kaedah Penyampaian



Kekadang saya pun pelik dengan diri saya ni. Pelik sebab kalau menulis tak ada mukadimah itu dan ini. Selalunya terus sahaja kepada isi topik. Short and Precise atau Pendek dan Padat / Tepat. Macam cara Mat Saleh. Mungkin lebih baik begitu, menyampaikan apa yang perlu tanpa membuang masa berharga anda membaca mukadimah yang panjang lebar. Menyampai terus sesuatu topik yang hendak disampaikan.

Mungkin penerapan nilai diri saya begitu. Tak perlu membuang masa dengan mukadimah dan pendahuluan yang panjang berjela dan saya pelik juga dengan orang yang suka meleweh-leweh begitu. Mungkin juga penerapan nilai orang melayu begitu. Intronya panjang, isinya kurang. Janganlah buang masa berharga begitu. Go straight to the points. Terus kepada isi. Dengan demikian anda tak membuang masa saya membaca dan anda juga tak membuang masa kehidupan diri anda sendiri.

Kemudian ada pula yang penyampai yang menyampai penuh dengan istilah bahasa Arab mahupun bahasa Inggeris bombastik (perkataan yang dahsyat) tanpa menerangkan maksudnya. Saya tahu kebanyakan istilah bahasa Arab begitu dalam maksudnya dan tak dapat dihuraikan dalam satu perkataan namun demikian apa gunanya satu penyampaian kalau setiap kali membacanya kita terhenti kerana tak faham maksudnya? Atau kita hanya dapat hanya sebahagian kecil dari isi yang hendak disampaikan. Bukankah ini satu pembaziran yang nyata. Penat-penat tulis yang orang faham sedikit sahaja isi kandungannya. Pada saya jalan mudah dalam penyampaian ialah dengan menggunakan bahasa kegunaan ramai. Bahasa biasa yang difahami ramai.

Bahasa juga melalui satu evolusi, bahasa sastera lama yang penuh berbunga-bunga dalam cerita-cerita P.Ramlee contohnya tidak lagi digunakan sekarang. Bahasa Melayu sekarang semakin pendek dan ringkas. Bahasa Melayu moden yang digunakan oleh golongan muda dan remaja kebanyakan. Jadi pada saya sampaikanlah dengan bahasa yang mudah difahami.

Apa yang ditakuti ialah bila kita memilih menyampaikan dengan menggunakan istilah-istilah Bahasa Arab yang tak difahami ini mereka akan menjadi takut, phobia lantas menutup hati dan melarikan diri. Sama keadaannya seperti orang tabligh berjubah yang datang berkunjung ke rumah.

Sebagai tambahan kepada topik ini ialah berkenaan tajuk saya pun tak tahu.

SAYA PUN TAK TAHU

Kekadang saya ada mendapat permintaan dari mereka di luar sana untuk saya menulis tentang satu-satu artikel dengan memberikan topiknya. Masalahnya saya tak tahu banyak perkara mengenai topik yang diperkatakan itu, saya tidak melaluinya atau saya tak punya pengalaman mengenainya.

Saya cuma tahu apa yang saya tahu dan saya belum tahu apa yang saya belum tahu. Saya akan cari pengisiannya nanti. Jadi tolonglah beritahu kalau saya tak tahu okay. Terima kasih.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.